Berita Auto

Jualan Eksport Proton Meningkat

Proton mencatat satu lagi aktiviti eksport bagi 2018 di dalam satu majlis pelepasan di kilang Tanjung Malim hari ini.

BHP

Sebanyak 225 buah kereta Proton akan dihantar pada 22 September 2018 melalui Pelabuhan Utara, Klang dan dijangka tiba di Pelabuhan Alexandria, Cairo pada 6 Oktober. Setibanya di sana, kereta-kereta tersebut akan dikendalikan oleh pengedar Proton di Mesir iaitu Alpha Ezz El-Arab yang akan memasarkan kereta Proton melalui tujuh cawangan dan pengedar.

Majlis yang diadakan di Tanjung Malim ini menandakan eksport pertama kereta-kereta Proton ke Mesir sejak hampir tiga tahun dahulu. Eksport yang terakhir merangkumi 320 unit kereta Gen 2 dan Persona, yang telah dihantar pada Disember 2015 sebelum penyusutan nilai mata wang tempatan yang telah menjadi penghalang untuk meletakkan harga yang kompetitif bagi kereta-kereta tersebut.

Carriers departing Tanjung Malim for Northport

Dengan keadaan pasaran yang bertambah baik, Proton kini berpeluang untuk melakukan semula aktiviti-aktiviti eksport dan memanfaatkan pasaran automotif yang dijangka akan mengalami pertumbuhan ketara pada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dalam masa beberapa tahun akan datang.

Untuk memastikan stok yang mencukupi, pengedar telah menempah 280 unit lagi yang akan dihantar bulan hadapan dengan sasaran sebanyak 1,000 buah kereta dalam tahun 2018,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Selain meneruskan penjualan kereta baharu di Mesir, Alpha Ezz El-Arab juga akan memperkenalkan Identiti Korporat baharu Proton di tiga cawangan. Ini adalah langkah penting yang diambil kerana mereka merupakan pengedar luar negara yang pertama menggunakan Identiti Korporat baharu Proton di bilik-bilik pameran.

 

Previous post

Subaru Forester 2.0 STI Performance Tiba di Malaysia

Next post

Mitsubishi Motors Malaysia Ungguli Indeks Khidmat Pelanggan J.D. Power 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *