Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Ungguli Indeks Khidmat Pelanggan J.D. Power 2018

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menduduki tempat tertinggi dalam kajian Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) Malaysia oleh J.D. Power tahun ini. Syarikat itu berada pada kedudukan tertinggi bagi semua faktor dengan skor keseluruhan 814, mengalahkan lapan jenama lain.

BHP

“Ini mencerminkan komitmen MMM untuk terus memberikan pengalaman yang memuaskan dan positif dari pembelian kepada perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan. Ini adalah galakan untuk kami untuk melakukan yang lebih baik dan berusaha untuk mengekalkan nombor satu setiap tahun,” kata Tomoyuki Shinnishi, ketua pegawai eksekutif MMM.

Kajian ini dibuat berdasarkan maklum balas daripada 2,957 pemilik kenderaan baharu yang menerima kenderaan mereka antara Mac 2015 dan Julai 2017, dan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat servis bertauliah antara Mac 2017 dan Julai 2018. Kajian ini mengukur kepuasan pelanggan dengan servis dan proses pemulangan kenderaan.

Kini dalam tahun ke-16, kajian ini turut mengukur kepuasan keseluruhan di kalangan pemilik kenderaan yang melawat pusat servis bertauliah untuk penyelenggaraan atau kerja pembaikan dalam tempoh 12 hingga 36 bulan pemilikan pertama. Ia diukur berdasarkan lima faktor iaitu kualiti servis (25%), pengambilan kenderaan (21%), inisiasi servis (20%), kemudahan servis (17%) dan penasihat servis (16%).

2018_malaysia_csi_press_release_ppt

Previous post

Jualan Eksport Proton Meningkat

Next post

Moto Guzzi V7 III Rough Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *