Berita Auto

EFKON Asia Jamin Teruskan Sokongan Jualan dan Perkhidmatan SmartTAG

EFKON Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi Sistem Kutipan Tol Infra-merah di lebuhraya Malaysia dari Austria, telah memberi jaminan kepada lebih empat juta pengguna di negara ini bahawa syarikat tersebut akan terus menyediakan sokongan jualan dan perkhidmatan bagi sistem yang dikenali ramai sebagai SmartTAG.

BHP

Touch ‘n Go Sdn Bhd baru-baru ini telah mengumumkan bahawa ia akan menghentikan penjualan peranti SmartTAG menerusi rangkaiannya.

Menjelang Oktober 2018, EFKON Asia merancang untuk mengadakan rangkaian jualan dan perkhidmatan di seluruh negara untuk memastikan ketersediaan serta kemudahan yang lebih meluas bagi pengguna lebuhraya yang berhasrat membeli atau mendapatkan servis bagi peranti TAG Infra-merah.

Bermula dari situ, peranti TAG Infra-merah boleh diperolehi dalam pelbagai jenama dan disesuaikan dengan sistem tol di Malaysia pada masa ini. MaxTAG oleh Sigma Technology Sdn Bhd sudahpun berada di pasaran melalui platform e-dagang, www.lazada.com.my.

Sebagai bukti terhadap keberkesanan peranti tersebut, produk EFKON telah disepadukan sebagai peranti terbina dalam beberapa model baru kereta yang diperkenalkan oleh pengeluar automotive utama di negara ini. Kadar pengeluaran kini mencecah beberapa ratus ribu unit setahun.

TAG tersebut, yang dihasilkan di Malaysia, turut dieksport ke Vietnam dan Indonesia yang mempunyai komuniti pengguna yang pesat berkembang.

MaxTag is a SmartTAG compatible device (2)

Dibangunkan pada tahun 1997 dan diperkenalkan di seluruh negara dalam tahun 2005, Sistem Kutipan Tol Infra-merah yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan bersama EFKON telah terbukti sebagai sistem yang paling boleh diharap dan cekap dalam melancarkan aliran lalu lintas di lebuhraya Malaysia.

Menurut pengarah EFKON Asia, Helmuth Blasch, Sistem Kutipan Tol Infra-merah syarikat tersebut juga sedia digunakan dan sesuai untuk lalu lintas aliran bebas berbilang lorong.

“Di Jerman, Sistem Infra-merah yang sama telah terbukti berkesan dan boleh diharap dalam persekitaran lalu lintas aliran bebas berbilang lorong bagi kelajuan lebih daripada 120 km/j. Kami juga telah berjaya mengulangi ujian ini di Malaysia. Berbeza dengan penyelesaian mudah yang lain, system DSRC (Dedicated Short-Range Communication) Infra-merah juga menawarkan tahap keselamatan yang tinggi serta perlindungan dari penyalahgunaan menerusi pengklonan TAG.

Kami yakin Sistem TAG Infra-merah ini, dengan rekod prestasi selama 13 tahun dan lebih daripada empat juta pengguna yang berpuas hati di negara ini, akan terus membuktikan nilainya sebagai sistem kutipan tol tanpa tunai yang cekap, mudah dan berkesan kos,” katanya.

Previous post

Land Rover Discovery Sport 2.0 Ingenium Kini di Malaysia

Next post

Hanya Satu-Satunya Toyota Century Ditala Gazoo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *