Berita Auto

Land Rover Discovery Sport 2.0 Ingenium Kini di Malaysia

Jaguar Land Rover Malaysia telah melancarkan varian terbaru Discovery Sport yang dikuasakan oleh enjin petrol Ingenium. Ia dijual pada harga RM379,800 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans) dengan program Land Rover Care yang merangkumi jaminan selama lima tahun/150,000 km, servis lima tahun/65,000 km dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

BHP

Dikuasakan oleh enjin 2.0-liter twin-scroll turbo, Discovery Sport mempunyai 240 PS dan 340 Nm yang disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik ZF sembilan kelajuan. Menurut Land Rover, tranmisi tersebut mempunyai nisbah pendek untuk pecutan lebih baik serta gear kesembilan yang tinggi untuk rev enjin yang rendah semasa bergerak pada kelajuan ‘cruising’.

Berkongsi reka bentuk dengan Range Rover Evoque, model ini mempunyai binaan hadapan yang terdiri daripada ‘crossbeam’ magnesium yang tegar dan rekaan tiang-B yang unik bagi menghasilkan ruang kabin yang luas. Versi pasaran Malaysia didatangkan standard dengan lima tempat duduk, namun pelanggan mempunyai pilihan untuk konfigurasi 5+2.

LR Discovery Interior (LHD)

Bukan itu sahaja, casis aluminiumnya bukan sahaja memaksimumkan ruang dalaman, malah dapat mengurangkan bunyi bising. Ia dipadankan dengan spring gegelung pada bahagian hadapan dan suspensi ‘multi link’ pada bahagian belakang untuk prestasi off-road.

Antara teknologi yang disertakan adalah sistem infotainment InControl Touch Pro dengan skrin definisi tinggi. Seperti telefon pintar, skrin tersebut boleh dikustom dengan wallpaper dan widget pilihan.

LR Discovery InControl Touch Pro

Dari segi keselamatan, Discovery Sport beberapa beg udara termasuk untuk penumpang dan pemandu, lutut, sisi dan toraks.

 

Previous post

Gran Max Panel Van (AT) - Rakan Perniagaan Kecil Anda

Next post

EFKON Asia Jamin Teruskan Sokongan Jualan dan Perkhidmatan SmartTAG

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *