Berita Auto

Petron Turbo Diesel Euro 5 Menggerakkan Ekspedisi Rainforest Trophy

Kuasa Petron Turbo Diesel Euro 5 terbukti sepanjang ekspedisi 4X4 Rainforest Trophy Malaysia 2018 baru-baru ini. Dibawakan oleh penganjur Rainforest Challenge (RFC), Rainforest Trophy menguji kerjasama, ketahanan serta kemahiran off-road peserta dalam menempuhi hutan hujan di kawasan Pantai Timur.

BHP

Dilancarkan pada tahun 2017, Rainforest Trophy yang kini memasuki edisi kedua ini bermula di Kota Bharu pada 14 Julai lalu dan berakhir seminggu kemudian di Gua Musang. Acara ini menyaksikan 100 pasukan 4X4 berhempas-pulas untuk melepasi halangan seperti jambatan, merentasi sungai, paya, kawasan berlumpur, cerun bukit dan banyak lagi.

Rainforest Trophy 2_100 teams of 4x4 extreme sports enthusiasts tried to overcome obstacles in the Rainforest Trophy Malaysia 2018

“Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar ini, dan kami memuji pasukan untuk kemahiran dan kerja keras mereka yang menakjubkan,” kata Faridah Ali, Ketua Dagangan Runcit Petron.

Rainforest Trophy 4

Selain itu, para peserta turut menghulurkan bantuan kepada orang asli di Perkampungan Orang Asli Pos Gob. Mereka sempat memasang tiang gol di padang, mengecat madrasah serta membaiki dewan pelbagai guna. Kumpulan peserta juga berhenti di stesen Petron di Tanah Merah untuk mengisi minyak sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Krai. Ia diakhiri dengan majlis penyerahan anugerah ‘Best of the Best Team Spirit’ di Gua Musang pada 20 Julai.

Rainforest Trophy 9

Musim baru Rainforest Challenge 2018 yang bermula pada November ini akan terus menyaksikan Petron Turbo Diesel Euro 5 sebagai bahan api utama bagi acara 4X4 itu. Ia dikenali sebagai salah satu sukan bermotor paling sukar di dunia.

Rainforest Trophy 6_The off-roaders stopped by at Pos Gob, the farthest Orang Asli village in Kelantan

Petron Turbo Diesel Euro 5 adalah satu-satunya diesel mesra alam dengan kuasa ‘turbo’ di Malaysia. Bahan tambahan TriAction Advantage memberikan enjin kuasa serta perlindungan yang lebih tinggi. Ia boleh didapati di semua 132 stesen petron di seluruh Semenanjung Malaysia.

Previous post

Pemandu Grab Terima Ganjaran Dari PROTON

Next post

Bagaimana Mercedes-AMG A45 Boleh Dijual Dengan Harga Rendah di Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *