Cerita Auto

Cadangan Pelupusan Kereta Terbiar Dipercepatkan Kepada Hanya 1 Bulan

Mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara (MPN) yang pertama sejak pilihanraya yang lepas, 27 Ogos 2018 lalu, membentangkan 5 kertas. 5 kertas tersebut adalah mengenai:

1. Overview industri pengangkutan.

2. E-Hailing.

3. Perkhidmatan bas percuma.

4. Pengurusan kenderaan terbiar.

5. Perancangan terminal kenderaan berat.

BHP

Mengenai perkara 4, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerangkan bahawa garis panduan untuk perkara tersebut buat masa sekarang tidak jelas. Buat masa ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil masa 6 – 12 bulan untuk melupuskan sesebuah kenderaan. Notis pertama mengambil masa 2 minggu hingga 1 bulan.

Video sidang media yang disiarkan Astro Awani 27/08/18. Untuk terus ke perkara 4 di atas, sila ke minit  05:33 :

Semakan pula mengambil masa 2 hingga 8 bulan untuk mengenal pasti latar belakang kenderaan. Notis kedua pula, iaitu notis pelupusan kepada pemilik mengambil masa 1 bulan. Bila notis itu tidak dijawab, iklan pula dikeluarkan dan itu mengambil masa lagi 1 bulan.

Bila semua langkah-langkah tersebut telah dilakukan, barulah sesuatu keputusan untuk bertindak boleh dibuat. Dengan itu, bila depo penuh, PBT tidak boleh bertindak menarik kenderaan.

IMG_5902

Pihak Biro Pengaduan Awam (BPA) yang membentangkan kertas ini turut disertakan bersama cadangan dan hala tuju bagaimana hendak menguruskan kenderaan terbiar ini. Di antara cadangan-cadangan tersebut ialah:

1. Mempercepatkan proses pelupusan kepada hanya 1 bulan sahaja.

2. Hanya notis 1 minggu dikeluarkan sebelum kereta ditarik ke depo sementara.

3. Kenderaan akan berada di depo hanya 3 minggu sahaja sebelum kenderaan dilupuskan.

4. Selepas pelupusan, pendaftaran kenderaan akan dibatalkan.

IMG_5903

BPA di minta berbincang dengan stake holders seperti PBT, JPJ dan sebagainya. Muktamadkan SOP dan bentang semula kertas tersebut pada MPN seterusnya bulan November ini kepada MPN.

Anthony Loke menjangka perlaksanaan SOP baharu ini, paling lambat, adalah pada awal tahun depan.

IMG_5909

Statistik kenderaan terbiar dari hanya 8 PBT 

Tahun Bilangan
2014 1680
2015 2973
2016 4638
2017 4864
Jumlah 14,155

IMG_5907

Previous post

Perodua Tawar Rebat Tunai Kepada Pelanggan Terjejas Akibat Gangguan Pengeluaran Myvi

Next post

Beli-belah di Shopee dan Menangi Baucar BHPetrol

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *