Berita Auto

Beli-belah di Shopee dan Menangi Baucar BHPetrol

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) akan memberi ganjaran berbentuk baucar BHPetrol bernilai sehingga RM155,000 kepada mereka yang membeli-belah di platform e-dagang terkenal, Shopee. Promosi ini diadakan sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day yang diadakan dari 27 Ogos hingga 9 September 2018.

BHP

Sepanjang tempoh promosi, mereka yang membuat sebarang pembelian di stor Fulfilled by Shopee (FBS) berpeluang untuk memenangi baucar BHPetrol bernilai RM3. Jangan lepaskan BHPetrol Day pada 7 September di mana pelanggan berpeluang untuk membawa pulang baucar BHPetrol bernilai RM10.

Pelanggan yang memenangi baucar tersebut boleh membuat penebusan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 bagi minyak dan barangan (kecuali Touch n’ Go, servis e-Pay dan tembakau) di mana-mana stesen servis BHPetrol.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 9.9 Super Shopping Day, layari www.shopee.com.my/99.

Previous post

Cadangan Pelupusan Kereta Terbiar Dipercepatkan Kepada Hanya 1 Bulan

Next post

#Live2Drive, Ducati Scrambler Dan Sekarang ... Kenderaan Elektrik, Nissan Leaf Menjelajah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *