Berita Auto

Perodua Tawar Rebat Tunai Kepada Pelanggan Terjejas Akibat Gangguan Pengeluaran Myvi

Berikutan pengumuman Perodua mengenai gangguan sementara pengeluaran Myvi baru, syarikat itu akan menawarkan rebat tunai sebagai pampasan kepada baki 3,100 pelanggan yang sepatutnya menerima Myvi mereka sebelum 1hb September.

BHP

“Kami ingin menawarkan rebat tunai kepada para pelanggan kami yang dihargai apabila kenderaan mereka didaftar nanti sebagai pampasan di atas kesulitan yang dialami. Kami juga akan memaklumkan kepada mereka mengenai masa penghantaran Myvi mereka dari semasa ke semasa,” Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

Kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan daripada 6% sebelumnya bermula 1hb Jun sehingga penghujung Ogos. Ini telah membawa kepada permintaan yang tinggi atas pembelian kenderaan. Pembeli menuntut agar kenderaan mereka didaftarkan sebelum 1hb September sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula.

Pada 20hb Ogos lalu, Perodua telah mengumumkan bahawa pengeluaran model terlaris mereka, Myvi baru, telah tergendala akibat gangguan bekalan daripada pihak pembekal.

Perodua Myvi

“Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf bukan sahaja kepada mereka yang tidak dapat menerima kenderaan mereka sebelum SST diperkenalkan semula, tetapi juga kepada semua pelanggan yang telah menempah Myvi selepas daripada itu, kerana gangguan pengeluaran akan menyebabkan penghantaran kenderaan tergendala.

“Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami di Perodua. Kami amat memahami kekecewaan dan rungutan yang diterima disebabkan perkara yang tidak diingini ini, dan kami akan sentiasa mencari kaedah penyelesaian yang terbaik untuk memastikan pengeluaran Myvi dapat beroperasi semula secepat mungkin,” tambah Dato’ Dr Zahari lagi.

Setakat ini, lebih daripada 68,000 unit Myvi telah diserahkan kepada pemiliknya daripada lebih 120,000 tempahan yang diterima sejak pelancarannya pada November 2017 lalu, menjadikan ia model terlaris Perodua sepanjang tahun setakat ini.

Previous post

Pemuda Keliling Dunia Dengan Ducati Scrambler

Next post

Cadangan Pelupusan Kereta Terbiar Dipercepatkan Kepada Hanya 1 Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *