Berita Auto

Toyota Umum Arah Tuju Baharu

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan arah tuju baru bagi jenama Toyota di Malaysia. Langkah ini diambil sebagai maklum balas kepada perubahan dari segi perniagaan dan pelanggan syarikat itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami faham keperluan dan jangkaan pelanggan kini semakin berkembang, manakala kecenderungan pembelian di kalangan pelanggan juga telah berubah. Kami bersedia untuk memberi maklum balas yang sepatutnya terhadap semua perkara berkenaan,” jelas Presiden UMWT, Ravindran K.

Beliau turut menambah, arah tuju baru jenama Toyota itu akan memastikan jenama itu terus maju sambil mengikuti perkembangan semasa dalam landskap industri serta permintaan dan keadaan pasaran ketika ini.

Toyota

Sehubungan dengan pengumuman ini juga, UMWT turut memberi suntikan pemikiran serta semangat baru terhadap platform penjenamaan “All About the Drive”.

“All About the Drive” kini diterajui oleh dua janji Toyota kepada pelanggannya, iaitu untuk menjadikan pemanduan harian lebih menyeronokkan serta menjadikan Toyota lebih dikenali menerusi barisan produk, servis dan jalinan rangkaiannya.

Vios Challenge action 2

“Kami akan menyediakan nilai tambah yang lebih tinggi serta barisan produk yang lebih maju dengan ciri-ciri keselamatan dan perhubungan yang terkini. Kami juga akan pastikan pengalaman pemilikan kenderaan Toyota bagi setiap pelanggan berada pada tahap yang lebih tinggi, tanpa mereka perlu risau terhadap apa pun, melalui kualiti perkhidmatan yang dipertingkatkan serta jalinan rangkaian Toyota,” tambah beliau.

Syarikat tersebut juga komited untuk menyampaikan mesej-mesej serta kreativiti serba baru melalui saluran komunikasi digital bagi mendekati golongan muda dengan lebih berkesan. Ia juga menjanjikan pelbagai aktiviti luar yang lebih menarik.

Previous post

Fiat Kerugian USD14,000 Dengan Setiap Fiat 500e Yang Dibina

Next post

Vios Challenge Masuk Musim Kedua

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *