Cerita Auto

Pengaruh Geely – Dari Sudut Pandangan Pengedar Proton

Adalah menjadi lumrah manusia untuk meragui seseorang sebelum kita benar-benar mengenali mereka jadi tidak hairanlah sekiranya tidak semua pengedar Proton yakin tentang perjanjian syarikat itu bersama Geely.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walau bagaimanapun, lawatan pada awal Mac lalu ke Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou Bay telah membuka mata mereka kepada masa hadapan yang lebih cerah, apabila mereka menyaksikan sendiri teknologi yang sedang dibangunkan dan skop penyelidikan yang dilakukan oleh Geely.

Berdasarkan pemerhatian oleh Munauwir Mohd Khir, dari Edaran Saga Sdn Bhd, beliau berpendapat, “Daripada apa yang saya dapat kaji selepas lawatan ke GRI, kita dapat melihat bahawa Geely mengambil kira setiap perincian. Dari perancangan hingga ke pelaksanaan, setiap penelitian dikaji untuk memastikan proses yang lancar. Setiap perkara dilakukan secara terkawal dan prosesnya begitu teratur, dari sesuatu ujian hingga ke produk akhir. Saya juga memerhatikan bahawa mereka mengikut dan amat mematuhi peraturan yang ketat dan ini adalah sangat baik”.

Munauwir Mohd Khir, from Edaran Saga Sdn Bhd

Beliau turut berkata, “Ia memerlukan pengeluar kereta yang baik untuk mempunyai visi yang besar untuk Syarikat yakni bukan hanya membina kereta dengan menggunakan teknologi canggih tetapi yang lebih penting adalah kereta mesra alam seperti kereta elektrik dan hibrid”.

Bagi Mohd Nazrin Mohamad Fozi dari Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd, beliau berkata bahawa lawatan ke GRI ini tidak seperti yang dijangkakan.

“Saya sangat menikmati lawatan ke GRI itu. Ia menonjolkan keupayaan teknologi Geely dan masa depan industri automotif. Saya boleh bayangkan sekiranya teknologi-teknologi seperti ciri-ciri keselamatan canggih dan ciri-ciri terkini dimasukkan ke dalam kereta Proton, kita pasti akan menjadi peneraju utama kereta di Malaysia dan antarabangsa. Saya membayangkan masa depan yang sangat menarik melalui perkongsian dengan Geely”.

Mohd Nazrin Mohamad Fozi, of Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd

Bagi Hazree Hashim pula dari Vitalic Sdn Bhd, beliau berkata, “Apabila saya berjalan di sekitar kawasan GRI, saya berasa tenang dengan keadaan sekeliling. Pekerja melakukan kerja dengan tekun dan mereka kelihatan serius dengan kerja mereka. Kami dapat rasakan bahawa mereka bangga dengan usaha mereka. Persekitaran kerja adalah sangat baik. Mereka begitu fokus pada kerja mereka untuk memastikan hasil kerja yang berkualiti”.

“Selain itu, lantai di kawasan itu juga sangat bersih hingga saya tidak dapat melihat sebarang habuk atau kotoran. Ini adalah contoh kemudahan bertaraf dunia yang terbaik,” jelas Hazree.

Dealers bonded with each other for the Geely dealers trip

Beliau juga berkata, “Selepas mengikuti lawatan ini, saya percaya dan dapat memahami dengan lebih jelas perkembangan yang sedang berlaku di Geely serta bagaimana Proton akan memperoleh kelebihan daripada perkongsian ini dalam jangka panjang. Dari budaya kerja ke kilang, terdapat sistem dan aliran yang betul, untuk melakukan sesuatu. Pengeluaran yang terkawal dan semuanya kelihatan teratur. Saya gembira dan bangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kumpulan lawatan ke Institut Penyelidikan Geely tersebut”.

Previous post

Pemandu Terbunuh Dalam Kereta Autonomi Tesla

Next post

Beli Honda Civic Type R dan Menangi Percutian ke Jepun Untuk Menyaksikan Perlumbaan F1

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *