Berita Auto

Beli Honda Civic Type R dan Menangi Percutian ke Jepun Untuk Menyaksikan Perlumbaan F1

Honda Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Sprint to Suzuka Circuit’ yang bertujuan memberi ganjaran kepada pemilik Civic Type R baharu. Hadiah utama merupakan percutian bernilai RM30,000 ke Jepun bagi menyaksikan F1 Grand Prix Jepun di litar Suzuka pada bulan Oktober.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen tersebut akan berlangsung selama tiga bulan dari April hingga Jun 2018. Pelanggan yang membeli dan mendaftarkan Civic Type R semasa tempoh kempen tersebut berpeluang untuk merebut hadiah utama dengan hanya mengisi borang dan menjawab dua soalan mudah.

10 peserta dengan jawapan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Mereka akan menerima dua tiket penerbangan kelas bisnes, dua tiket untuk menyaksikan F1 Grand Prix Jepun, dua cenderahati rasmi serta penginapan selama lima hari empat malam.

Dilancarkan di Malaysia pada November 2017, Civic Type R menampilkan enjin 2.0 VTEC Turbo yang menghasilkan 310 PS dan 400 Nm.

 

Previous post

Pengaruh Geely - Dari Sudut Pandangan Pengedar Proton

Next post

Tempahan Nissan Serena S-Hybrid Serba Baharu Dibuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *