Cerita Auto

BMW Group Malaysia Perkenal 3 Stesen i Charging di Ipoh

BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto telah merasmikan tiga stesen i Charging BMW terbaharu di WEIL Hotel, Ipoh hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berucap di majlis perasmian, “Berdasarkan pencapaian yang memberangsangkan tahun lalu dengan jumlah penjualan tertinggi untuk kenderaan-kenderaan BMW iPerformance, juga Malaysia – selaku pasaran kelima terbesar untuk BMW Hybrid dan kenderaan berteknologi eDrive, kami berbangga untuk menerajui elektro-mobiliti dan mobiliti masa hadapan negara ini.”

BMW i Charging Stations at WEIL Hotel Ipoh (6)

Ketua Pengedar Tian Siang Premium Auto, Encik Tan Ka Kin mengulas lebih lanjut mengenai kejayaan tahun 2017 buat pengedar premium ini; “Di Perak sahaja kami berjaya menjual lebih daripada 400 unit kenderaan BMW tahun lalu. Lebih daripada 45% daripada unit tersebut terdiri daripada unit BMW iPerformance dan kami yakin jumlah ini akan terus meningkat.”

BMW i Charging Stations at WEIL Hotel Ipoh (7)

Pemasangan ketiga-tiga stesen pengecas ini merupakan kesinambungan pembangunan infrastruktur yang sama di Holiday Inn Melaka dan di The Equatorial Melaka oleh Seong Hoe Premium Motors, dan juga di CityONE Megamall Kuching oleh Regas Premium Auto Sarawak.

BMW i Charging Stations at WEIL Hotel Ipoh (9)

Portfolio mobiliti berwawasan BMW Group Malaysia dengan rangkaian kenderaan BMW iPerformance juga dibantu oleh ChargEV melalui usahasama dengan Malaysian Green Technology Corporation. Sebahagian daripada program BMW 360° ELECTRIC termasuklah servis BMW ChargeNow yang memberikan akses terus kepada rakan stesen pengecas seperti ChargEV di mana pelanggan-pelanggan dapat menikmati bantuan dan akses 24 jam di setiap lokasi pengecas di bawah rangkaian ChargEV yang kini meliputi 270 kemudahan tersebut di seluruh negara.

Previous post

Volvo XC60 Pemenang Anugerah World Car Of the Year 2018

Next post

LEAF Nissan Baharu Dinobat World Green Car 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *