Cerita Auto

Toyota Aygo Facelift Didedahkan

Toyota Aygo yang dipasarkan di Eropah telah diberikan sedikit kemaskini dan akan dipamerkan di acara Geneva Motor Show 2018 tidak lama lagi. Hatchback segmen A itu bukan sahaja tampil lebih segar, malah mempunyai prestasi dan pengendalian yang telah dipertingkatkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari segi penampilan, motif ‘X’ yang diperkenalkan empat tahun lalu kini diberi sentuhan 3D untuk perwatakan lebih agresif. Ia ditemani dengan lampu ‘Keen Look’ dengan lampu nyalaan siang berserta kemasan berwarna hitam di bawahnya.

Sementara itu, bahagian belakang Aygo menampilkan lampu dengan lampu nyalaan siang LED yang direka untuk membuatkan kereta itu kelihatan lebih lebar. Dua warna baharu iaitu magenta dan biru serta rim 15 inci melengkapkan imej terkini Aygo.

2018-toyota-aygo-facelift (1)

Tiada gambar bahagian kabin diberikan, namun Toyota berkata Aygo kini didatangkan dengan grafik instrumen dan warna pencahayaan baharu. Kebanyakan varian menampilkan tempat duduk fabrik dan skema warna Quartz Grey dan Piano Black.

Seperti sebelum ini, Aygo dikuasakan oleh enjin 998 cc, tiga silinder DOHC VVT-i tetapi enjin tersebut kini patuh piawaian Euro 6.2 dengan penggunaan sistem penyuntik bahan api baharu, nisbah mampatan lebih tinggi, pelbagai komponen geseran rendah, sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR) yang disejukkan dan aci keseimbangan yang lebih baik untuk mengurangkan getaran pada kelajuan melahu.

2018-toyota-aygo-facelift (2)

Enjin tersebut menghasilkan 72 hp pada 6,000 rpm dan 93 Nm pada 4,400 rpm. Ini membolehkan Aygo memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 13.8 saat dengan kelajuan maksimum 160 km/j.

Menurut Toyota, sistem suspensi telah diubah manakala perisian stereng turut dikemaskini bagi menghasilkan pengendalian responsif. Penambahan bahan penyerapan pada papan pemuka, tiang A, pintu dan bahagian belakang berjaya mengurangkan Noise, Vibration and Harshness (NVH) dengan ketara.

2018-toyota-aygo-facelift (3)

Bagi aspek keselamatan pula, Aygo dilengkapi dengan Pre-Collision System yang mendorong pemandu untuk membrek apabila terdapat kemungkinan untuk pelanggaran. Lane Departure Alert pula memberikan amaran kepada pemandu secara visual dan audio jika kenderaan terkeluar dari lorong.

 

Previous post

Cerita Di Sebalik Land Rover "Dragon Challenge"

Next post

Video Pelancaran Setiap 2018 Kereta F1 Di Satu Tempat!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *