Berita Auto

Ford Ranger Raptor Dilancarkan di Thailand

Sebelum ini, nama Raptor hanya digunakan untuk model  Ford F-150 namun kini nama yang sinonim dengan prestasi itu turut digunakan pada trak pikap yang lebih kecil iaitu Ranger. Baru sahaja dilancarkan di Thailand, Ranger Raptor dibangunkan oleh Ford Performance sebagai satu-satunya trak pikap berprestasi di Asia Pasifik yang dihasilkan di kilang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia menampilkan rekaan jeriji yang diinspirasikan olah F-150 Raptor dengan tulisan ‘Ford’ yang besar di tengah-tengah. Bampar hadapan yang dipasang pada rangka kenderaan pula mempunyai lampu kabus LED baharu dengan corong udara yang membantu mengurangkan rintangan udara.

Dihasilkan daripada bahan komposit, fender hadapan bukan sahaja kelihatan kukuh, malahan dapat menghalang kerosakan yang sering dikaitkan dengan pemanduan off-road. Bentuknya juga membolehkan Ford memuatkan sistem gantungan dengan pergerakan lebih panjang dan tayar lebih besar.

?????????????????????????

Dari segi dimensi, Ranger Raptor mempunyai ukuran panjang 1,873 mm, lebar 2,180 mm dan panjang 5,398 mm, dengan ‘track’ hadapan dan belakang yang lebih lebar iaitu 1,710 mm. Kelegaan tanah meningkat kepada 283 mm, manakala sudut ‘approach’ adalah 32.5 darjah, sudut ‘ramp over’ 24 darjah dan sudut ‘departure’ 24 darjah.

Trak ini dilengkapi dengan pemijak sisi aluminium aloi direka khusus bagi mengelakkan bahagian belakang dari terkena batu dengan lubang-lubang yang bertujuan untuk mengalirkan pasir, lumpur dan salji. Di belakang, terdapat bar tunda dan dua cangkuk yang mampu menampung beban sehingga 3.8 tan.

??????????????????

Ruang kabin menampilkan DNA Ford Performance dengan bahan-bahan tahan lama untuk pemanduan off-roda dan kegunaan seharian. Tempat duduknya yang mempunyai kemasan suede direka untuk pemanduan agresif, namun masih menawarkan keselesaan. Roda sterengnya didatangkan dengan penanda berwarna merah dan logo Raptor. Ia turut ditemani paddle shifter yang diperbuat daripada magnesium.

Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin 2.0-liter bi-turbo diesel yang menghamburkan 213 PS dan 500 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan yang turut digunakan oleh F-150 Raptor. Enjin tersebut menggunakan dua unit pengecas turbo iaitu turbin bertekanan rendah dan bertekanan tinggi yang digandingkan bagi menghasilkan respon enjin yang segera.

??????????????????

Selain dari mod Normal dan Sport, model ini menyediakan beberapa mod off-road iaitu Grass/Gravel/Snow, Mud/Sand, Rock serta Baja untuk pemanduan paling agresif. Mod-mod ini boleh diakses menerusi Terrain Management System (TMS).

Ranger Raptor menggunakan sistem gantungan Position Sensitive Damping (PSD) yang memberikan daya redaman lebih tinggi untuk pemanduan off-road dan daya redaman rendah ketika dipandu di atas jalan raya. Penyerap hentaknya dibuat oleh Fox Racing Shox dengan omboh bersaiz 46.6 mm.

??????????????????

Antara kelengkapan lain yang disertakan termasuklah Roll Mitigation Function, Electronic Stability Control (ESC), Trailer Sway Control (TSC), Hill Start Assist (HSA), Hill Descent Control (HDC) dan Load Adaptive Control (LAC).

 

Previous post

Jam Tangan Penerbangan Mewah Yang Terang Benderang Waktu Malam

Next post

Renault Telah Menyenangkan Hidup Anda Selama Lebih 120 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *