Cerita Auto

Proton Serah 32 Unit Kereta Kepada UEM Edgenta

Proton dan UEM Edgenta baru-baru ini mengadakan satu majlis penyerahan 32 unit Proton, melibatkan kereta Persona dan Perdana, yang akan digunakan untuk operasi harian Edgenta PROPEL, Bahagian Perkhidmatan Infra dan anak syarikat milik UEM Edgenta.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis tersebut berlangsung di Pusat Kecemerlangan Proton di mana Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton menyampaikan kunci ‘mock’ kepada Dato’ Azmir Merican, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, disaksikan oleh Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton.

“Edgenta PROPEL adalah pakar penyelenggaraan pengurusan dan infrastruktur rangkaian utama negara dengan lebih dari 25 tahun pengalaman dalam industri pengurusan penyelenggaraan infrastruktur. Ia menguruskan, menyelenggara dan memantau lebih daripada 2,500 kilometer lebuh raya, jalan-jalan negeri serta perladangan di Malaysia, dan operasinya merangkumi 24 jam setiap hari, 365 hari setahun.”

“Komitmen kami terhadap kecekapan operasi akan diteruskan dan program pembaharuan flit kami yang akan diperluaskan melalui pemerolehan lori tambahan dan trak pikap sebelum akhir tahun ini (2018),” kata Dato’ Azmir.

Photo 1 (2)

“Hubungan kami dengan UEM Edgenta sudah lama terjalin, sejak tahun 2002. Sejak itu, sebanyak 236 unit kereta Proton telah dibeli melalui program jualan flit korporat kami dan ini termasuk pembelian 30 unit Persona dan 2 unit Perdana baru- baru ini. Persona kami telah menjadi salah satu unit terlaris Proton sejak dilancarkan pada tahun 2016 untuk pengendalian yang hebat dan ciri keselamatan yang sangat baik, manakala Perdana dilihat sebagai sebuah kereta yang nampak teguh dan bergaya. Kami menghargai sokongan berterusan dari UEM Edgenta dan kami akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka,” kata Dr Li.

Beliau juga menyatakan bahawa, “Saya percaya kepercayaan yang diberikan adalah kerana mereka mempunyai keyakinan terhadap kemampuan dan ketahanan kereta Proton, yang telah mereka guna selama bertahun-tahun. Kereta syarikat perlu tahan lasak dan mudah diselenggara, faktor-faktor yang sangat penting yang perlu dipertimbangkan sebelum sesebuah syarikat memutuskan untuk membeli kereta. Ini adalah kelebihan produk kami, selain daripada pemanduan yang hebat. Kami berharap hubungan ini dapat dipertingkatkan dan akan mendorong lebih banyak jualan kepada UEM Edgenta pada masa depan”.

Previous post

Rolls-Royce Phantom 7 Series 1 Rebiu Video

Next post

ABT RS3 Dengan 500 HP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *