Berita Auto

Bilik pameran Mercedes-Benz NZ Wheels Johor Bahru kini dengan AMG Performance Centre

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan NZ Wheels telah melancarkan bilik pameran Autohaus JB yang dinaik taraf, kini lengkap dengan AMG Performance Centre yang pertama di selatan tanahair.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berkeluasan 18,692.4 kaki persegi, Autohaus ini mampu menempatkan 11 buah kenderaan di dalam bilik pamerannya  dan diuruskan oleh 32 kakitangan dari bahagian jualan, teknikal dan alat ganti. Sebagai pusat 3S, ia mempunyai 12 ruang servis dengan kapasiti sehingga 500 kenderaan sebulan.

DSC00123

Dengan kos berjumlah RM6 juta, pusat ini menepati piawaian Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dengan identiti korporat terkini. Mercedes-Benz NZ Wheels JB merupakan salah satu daripada enam kumpulan pengedar yang beroperasi di bahagian selatan Malaysia.

DSC00024b

Autohaus JB turut menawarkan Service Differentiation yang menyediakan perkhidmatan seperti mengambil dan memulangkan kereta pelanggan dan servis ‘fast lane’. Sementara menunggu kenderaan siap diservis, pelanggan boleh menikmati ruang rehat peribadi Star Lounge. Selain itu, perkhidmatan kewangan dan aksesori turut ditawarkan untuk kemudahan pelanggan.

Previous post

4 Sebab Mengapa Pemilik Myvi Lama Patut Naik Taraf Ke Myvi Baharu

Next post

Mercedes-Benz Services Malaysia Dan Make-A-Wish Malaysia Tunai Impian Dua Pesakit Kanser Muda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *