Cerita Auto

Isuzu Malaysia serah 115 unit trak kepada City-Link Express

Demi meningkatkan kecekapan penghantaran ekspres dan perkhidmatan lojistik bersepadu, Isuzu Malaysia telah menyerahkan sebanyak 115 unit trak Isuzu kepada syarikat terkemuka City-Link Express di kemudahan ‘Super Hub’ mereka yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Penyerahan ini merupakan perjanjian flit tahunan, di mana bagi tahun 2017, serahan ini melibatkan 105 unit model ELF 4-Wheeler (NLR77UEE), dengan 10 unit model ELF 6-Wheeler (NQR75UKN). Penyerahan ini melambangkan kepercayaan utuh City-Link Express terhadap Isuzu Malaysia, sejak perjanjian pertama yang dipersetujui pada tahun 2011. Kini, City-Link Express mempunyai 322 unit trak Isuzu yang mengendalikan penghantaran domestik dan serahan ‘dari pintu ke pintu’.

Sewaktu majlis penyerahan, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui berkesempatan menyampaikan penghargaannya kepada pihak City-Link Express di atas kepercayaan dan keyakinan yang ditunjukkan terhadap Isuzu Malaysia. Menurut Tsukui, Isuzu Malaysia berhasrat untuk menawarkan sokongan padu kepada City-Link Express dalam mencapai matlamatnya untuk menjadi syarikat pilihan utama dalam servis penghantaran dan logistik. Antara sokongan yang bakal ditawarkan termasuklah sesi latihan dan kefahaman untuk para pemandu, serta servis selepas jualan yang cekap.

Photo 2

Buat pertama kalinya dalam sejarah perjanjian flit antara kedua-dua syarikat, kesemua 115 unit trak Isuzu ini dilengkapi enjin rel sepunya (commonrail). Enjin rel sepunya ini menawarkan penjimatan minyak yang lebih baik, selain daripada peningkatan prestasi yang seiringan dengan peraturan terkini yang telah ditetapkan oleh badan UNECE (Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah).

Sejurus selepas majlis penyerahan dilangsungkan, Isuzu Malaysia juga telah menjalankan Seminar Pemanduan Eko dan sesi latihan tentang penyenggaraan servis asas. Sesi tersebut bertujuan untuk berkongsikan maklumat penting dan kefahaman mendalam agar para pemandu City-Link Express dapat mencapai cara pemanduan yang lebih ekonomi dan selamat.

 

 

Previous post

UiTM juara Perodua Eco Challenge 2017

Next post

Subaru XV serba baharu dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *