Berita Auto

UiTM juara Perodua Eco Challenge 2017

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah muncul juara keseluruhan pertandingan Perodua Eco Challenge 2017 dengan prototaip ‘Techno-Seat’.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rekaan itu menampilkan ruang penyimpanan tersembunyi dengan selak berengsel yang terletak di bahagian belakang tempat duduk penumpang hadapan. Ia mempunyai pencahayaan LED sebaik sahaja dibuka, port pengecas USB dan poket storan.

UiTM mengalahkan sembilan institusi pengajian tinggi yang lain iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

ATOK0046

Selain daripada kategori keseluruhan, terdapat juga kategori pembangunan alat ganti dan pemasaran produk – kedua-duanya turut dimenangi oleh UiTM.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid berkata rekaan mereka akan dipertimbangkan untuk dikaji dengan vendor tempatan untuk dimasukkan ke dalam model Perodua pada masa hadapan.

“Kami berharap dapat melihat rekaan ini dilaksanakan sama ada dalam model semasa kami atau model baru pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

 

Previous post

MPV GM8 Dilancarkan Di Pameran Guangzhou International Automobile 2017

Next post

Isuzu Malaysia serah 115 unit trak kepada City-Link Express

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *