Cerita Auto

Honda Malaysia umum pelantikan Pengarah Urusan, CEO baharu

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Toichi Ishiyama akan menggantikan Katsuto Hayashi sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ishiyama secara rasminya akan mengambil alih jawatan di Malaysia pada 1 November 2017. Beliau kini sedang menyandang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Cars (Pakistan) Limited.

Ishiyama telah berkhidmat di Honda selama 25 tahun dalam pelbagai peranan di Amerika Syarikat, Thailand, China dan Pakistan. Dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang penyelidikan pasaran dan perancangan produk, beliau mempunyai kelebihan untuk memastikan Honda Malaysia meneruskan momentumnya sebagai pendahulu Jenama Bukan Nasional dan No.2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

LtoR-En Roslan Abdullah, President & COO of Honda Malaysia; Mr Katsuto Hayashi, MD & CEO of Honda Malaysia; Mr Osamu Takezawa, Asst Large Project Leader of All-New Civic_2

Di bawah pengurusan Hayashi, Honda Malaysia berjaya memperkenalkan rangkaian enjin pengecas turbo menerusi model Civic, CR-V dan Civic Type R yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Selain itu, Malaysia juga menjadi satu-satunya negara di luar Jepun yang menawarkan varian-varian Sport Hybrid i-DCD.

Syarikat itu juga mencapai bahagian pasaran tempatan tertinggi dalam sejarahnya dengan 20.5% dan meraikan pengeluaran yang ke-600,000 unit pada bulan Mac tahun ini.

01 Honda Malaysia introduced another first in ASEAN, the New City Sport Hybrid i-DCD

Hayashi yang menerajui Honda Malaysia selama satu setengah tahun, akan mengambil peranan baru sebagai Pengurus Besar, Bahagian Operasi Luar Negara (Americas), Operasi Serantau (Amerika Utara) di Honda Motor Co., Ltd. di Jepun.

Previous post

Pelan Mitsubishi 'Drive For Growth' Mula Buat Duit

Next post

Porsche 718 Cayman dan 718 Boxster kini dengan varian GTS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *