Gaya Hidup

Rolls-Royce Merayakan Goodwood Revival 2017

Rolls-Royce Motor Cars meraikan  Goodwood Revival 2017 hujung minggu lalu dengan kehadiran yang signifikan di litar motor legenda. Kemuncak adalah Mac Motor Works, tahun ini dinamakan semula sebagai ‘Gordon Galleries’, yang dihias sebagai replika arked beli-belah di pusat London pada tahun 1950.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Galeri ini termasuk bilik pameran Rolls-Royce, lakun semula pemandangan, bunyi dan suasana premis glamor marque ini di West End London pada tempoh yang sama.

Di dalam bilik pameran, ada Rolls-Royce Silver Wraith Extended Wheelbase 1956 yang menakjubkan dipaparkan, dengan badan oleh Freestone & Webb. Siap warna hitam di atas merah, kereta itu mula-mula dibentangkan di Pameran Motor Antarabangsa 1956 di Earl’s Court, London.

Rolls-Royce juga diwakili, di litar motor yang terkenal sepanjang acara itu oleh Rolls-Royce Phantom V Touring Limousine (reka bentuk PV 23)  1966, dengan badan oleh coachbuilder James Young.

Satu armada eksklusif kereta-kereta Rolls-Royce kontemporari juga dipamerkan di kawasan Goodwood semasa hujung minggu Revival, mengangkut tetamu VIP dalam serba kemewahan dari kilang dan pejabat pengilangan Syarikat ke trek.

 

Previous post

Lebih 3,600 Peserta Bersaing Dalam Porsche Asia Pacific Driver of the Year 2017

Next post

Evora GT430 Sport Kereta Lotus Paling Laju

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *