Gaya Hidup

PICKnGO Kini di Malaysia Secara Rasmi

Rakyat Malaysia kini akan mempunyai pilihan baru untuk perkhidmatan tempahan teksi dengan pelancaran PICKnGO. Hampir 10,000 pemandu teksi berlesen di Greater Kuala Lumpur disasar untuk didaftarkan kedalam aplikasi ini. Pengguna akan mendapat manfaat daripada banyak ciri-ciri inovatif PICKnGo dengan hanya klik butang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Idea daripada lima syarikat teksi utama, PICKnGO direka untuk menyediakan penumpang dengan sebuah teksi yang selamat, boleh dipercayai, mudah dan pengalaman teksi yang konsisten, dengan kadar meter yang ber[atutan berbanding dengan aplikasi ride-hailing yang lain .

Valerie Chan, Pengarah Eksekutif Pick N Go Sdn Bhd berkata penciptaan aplikasi ini adalah perkembangan yang semula jadi bagi syarikat-syarikat teksi yang berminat mengekalkan kemajuan teknologi dan landskap perniagaan yang berubah-ubah.

Valerie menambah bahawa kesemua lima syarikat-syarikat ini sebulat suara bersetuju bahawa aplikasi itu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pemandu tetapi ia juga perlu menangani kebimbangan penumpang terhadap  industri ride-hailing kebelakangan ini.

Antara kebimbangan utama yang dikemukakan oleh penumpang termasuklah isu-isu keselamatan dan unsur-unsur negatif yang melibatkan aplikasi ride-hailing. Untuk menangani kebimbangan tersebut, PICKnGO telah memasukkan ciri-ciri tambahan seperti butang SOS yang akan membolehkan penumpang melakukan perjalanan dengan jiwa yang tenang.

PICKnGO hanya untuk pemandu yang telah ditapis dan yang telah dilatih secara profesional.

Berkerjasama dengan MPAY, mereka menggabungkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai untuk penumpang.

Pembayaran juga boileh dilakukan dengan kad-kad debit, kredit atau app MyDebit.

Semua pemandu mempunyai  MPAY +Pro, terminal POS mobile mereka membolehkan penumpang membayar secara offline dengan kad mereka terus ke e-wallet pemandu.

PICKnGO boleh dimuat turun di kedua platform Android dan IOS secara percuma.

 

Previous post

BMW Bakal Perkenalkan 3 Motosikal Baharu di Pusingan Kelayakan GS Trophy 2017 di Sepang

Next post

Rebut Tawaran dan Hadiah Menarik di Naza Merdeka Autofair 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *