Berita Auto

MINI Clubman Sterling Edition Dilancarkan – Hanya 20 Unit di Malaysia

MINI Malaysia telah memperkenalkan MINI Clubman Sterling Edition baharu, yang terhad kepada 20 unit sahaja untuk pasaran negara ini. Kereta itu juga hanya boleh ditempah secara atas talian di www.mini.my/sterlingedition bermula Selasa, 15 Ogos hingga Sabtu, 26 Ogos 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk tempoh terhad, lengkap dengan jam kiraan detik, pelanggan yang berminat perlu membuat tampahan mereka pada masa yang tepat. Mereka harus mengisi borang di laman web terbabit dan membuat pembayaran tempahan apabila tiba masanya.

MINI 02

Salah satu ciri utama ialah warna badan perak (Melting Silver) dengan perumah cermin sisi dan bumbung diwarnakan hitam (Matte Black Jack). Penampilan itu diserlahkan lagi dengan simbol Black Union Jack pada bahagian scuttle sisi dan rim khas MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci dalam warna hitam.

MINI 07

Konsep yang berani ini diserlahkan pada bahagian dalaman menerusi kombinasi warna biru (Indigo Blue) dan merah bata (Pure Burgundy). Ruang kabin berwarna Pure Burgundy itu juga hadir dengan ciri iluminasi MINI Yours yang membolehkan pemilik untuk memilih 12 warna yang telah ditala ke bahagian kemasan, untuk disesuaikan dengan mood.

MINI 08

Pemandu dialu-alukan oleh tempat duduk yang dibalut oleh upholsteri kulit Chester berwarna biru dengan jahitan berbentuk diagonal, serta roda stereng dengan balutan kulit Nappa dengan jahitan tangan berwarna aluminium. Lencana Union Jack juga terdapat pada bahagian bawah roda stereng.

MINI 11

Lain-lain kelengkapan yang disertakan bersama Clubman Sterling Edition termasuklah Parking Assist, kamera belakang, serta sistem infotainmen MINI Connected dengan skrin LCD 6.5 inci dan navigasi.

MINI 14

Ia mempunyai harga anggaran (di atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi) RM268,888. Selain dariapda jaminan tanpa had perbatuan selama 4 tahun dan servis berjadual percuma, model ini turut dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama 5 tahun yang terbaru daripada MINI Malaysia.

MINI 05

MINI Clubman Sterling Edition baharu akan dipamerkan pada acara MINIFest di Desa ParkCity yang berlangsung pada Ahad, 20 Ogos ini. Ia akan menjadi tempat jualan MINI yang julung-julung kali diadakan, di mana penjual dan pemilik akan menjual pelbagai barangan gaya hidup, fesyen dan aksesori daripada but pelbagai jenis kereta MINII.

Previous post

Ford F-150 Raptor Dengan Semangat Jet Pejuang F-22

Next post

Mazda Siar Hanya Satu Gambar SUV CX-8

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *