Cerita Auto

Ford F-150 Raptor Dengan Semangat Jet Pejuang F-22

Ford telah menghasilkan sebuah F-150 Raptor yang diinspirasikan oleh jet pejuang F-22 Raptor milik Angkatan Udara A.S. Hanya satu unit yang dihasilkan dan ia telah pun dibida dengan harga $300,000 di majlis bidaan Air Venture Oshkosh. Kutipan akan disalurkan kepada Experimental Aircraft Association Gathering of Eagles, sebuah organisasi yang komited dalam bidang penerbangan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada grafik dengan tulisan ‘F-22’, trak pikap ini juga didatangkan dengan komponen-komponen gentian karbon seperti kemasan fender, hud dan lubang udara. Ia menggunakan rim Innov8 Racing yang dibalut tayar Falcon Wildpeak.

CMM_3412

F-150 Raptor ini menampilkan enjin 3.5-liter dwi-turbo EcoBoost yang menghasilkan 545 hp dan 895 Nm, dan sistem ekzos keluli tahan karat Borla dengan kemasan gentian karbon. Ia mempunyai sistem suspensi Addictive Desert Design di hadapan dan Deaver di belakang, serta penyerap hentak Fox.

IMG_8799

Sistem brek pula merangkumi cakera oversize yang ditemani angkup enam piston keluaran Alcon. Selain itu, trak ini juga mempunyai sistem audio Kicker berkapasiti 1,500 watt dan sistem lampu LED dari KC Hilites.

Previous post

Vios Cabar Selebriti Sebar Mesej Keselamatan

Next post

MINI Clubman Sterling Edition Dilancarkan - Hanya 20 Unit di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *