Cerita Auto

Honda Malaysia Lancar Pusat 3S Baharu di Skudai

Honda Malaysia dan Wang Loo Motor hari ini merasmikan pembukaan pusat 3S terbarunya yang terletak di Skudai, Johor. Termasuk fasiliti ini, Honda Malaysia kini mempunyai 17 pengedar sah dan empat pusat 4S di seluruh bahagian selatan Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan pelaburan bernilai RM22 juta, pusat 3S yang berukuran 73,979 kaki persegi ini dilengkapi dengan pelbagai alat dan kelengkapan yang mematuhi piawaian Honda. Ia mempunyai 18 ruang servis (tiga ruang servis kilat, 13 ruang servis umum, satu ruang servis tayar dan satu ruang servis pendingin hawa) dengan kapasiti sehingga 100 buah kenderaan setiap hari.

04 DSC_1135 Second level of the spacious showroom area of Wang Loo Motor Honda 3S Centre

Pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat 3S ini boleh menunggu di ruang rehat sambil menikmati minuman serta snek dari kafe. Wifi, perkhidmatan basuh kereta, ruang kanak-kanak serta surau turut disediakan bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan.

11 DSC_1201 Technicians at Wang Loo Motor Honda 3S Centre are well trained

Untuk membuat temu janji atau mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan, pelanggan boleh menghubungi Wang Loo Motor di talian 07-5550033 atau kunjungi pusat 3S mereka di No.1, Jalan Jaya 1, Taman Mutiara Rini, 81300, Skudai, Johor Darul Takzim.

 

Previous post

Mercedes-Benz MBSA Autohaus Dibuka di Melaka

Next post

Shell Advance Mulai Program Latihan Masterclass Untuk Mekanik Motosikal Tempatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *