Berita Auto

Mercedes-Benz MBSA Autohaus Dibuka di Melaka

Mercedes-Benz Malaysia dan MBSA Automotive secara rasminya telah melancarkan Mercedes-Benz MBSA Autohaus, satu-satunya Autohaus yang terletak di negeri Melaka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Fasiliti bernilai RM1.2 juta itu merupakan sebahagian daripada pelaburan RM14 juta oleh MBSA bagi terus meningkatkan operasi jualan dan selepas jualan Mercedes-Benz di bandaraya bersejarah itu.

Terletak di dalam bangunan ikonik dengan keluasan 10,142 kaki persegi, Mercedes-Benz MBSA Autohaus mempunyai 48 orang kakitangan yang mahir dalam aspek jualan dan perkhidmatan teknikal selari dengan piawaian global Daimler.

Autohaus itu mempunyai bilik pameran yang mampu memuatkan sehingga sembilan kenderaan pada satu-satu masa, ruang rehat untuk pelanggan serta ruang acara. Untuk kemudahan pelanggan, perkhidmatan kewangan dari Mercedes-Benz Services Malaysia dan aksesori serta barangan Mercedes-Benz turut disediakan.

Mercedes-Benz MBSA Autohaus mematuhi piawaian Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dan menampilkan identiti korporat (CI) terbaru jenama itu.

Ia terletak di No 1, 3, 5, Jalan KSB 16 Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.mbsa.mercedes-benz.com.my atau hubungi 06-2888854.

Previous post

Honda Malaysia: 70% Inflator Beg Udara Takata Telah Digantikan

Next post

Honda Malaysia Lancar Pusat 3S Baharu di Skudai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *