Gaya Hidup

Kunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Toyota Hujung Minggu Ini

UMW Toyota Motor menjemput orang ramai untuk meraikan sambutan Hari Raya di ‘rumah terbuka’ yang akan diadakan di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara pada 14 hingga 16 Julai ini, dari 9 pagi hingga 6 petang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada juadah Hari Raya, pengunjung turut berpeluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik yang diadakan khas untuk seisi keluarga.

Bukan itu sahaja, Toyota juga menawarkan pelbagai tawaran istimewa termasuk aksesori sepanjang bulan Julai. Untuk menikmati tawaran ini, kenderaan baru mesti didaftarkan menjelang 31 Julai 2017.

Toyota Vios 2016

Antara tawaran istimewa yang disediakan termasuk:

  • Rebat tunai sehingga RM5,000 untuk Camry, Corolla Altis, Vios, Sienta, Innova, Fortuner, Hilux dan Avanza;
  • Aksesori percuma bernilai sehingga RM5,700 untuk Corolla Altis dan RM4,000 untuk Vios.
  • Rebat ‘duit raya’ tambahan bernilai RM500 untuk Vios; dan
  • Servis percuma selama 5 tahun untuk Alphard dan Vellfire

Pelanggan yang membeli Vios juga akan mendapat pakej nilai dengan aksesori percuma seperti perakam video digital, port pengecas USB, cermin sisi boleh lipat automatik dan monitor pandangan panoramik.

Toyota Alphard & Vellfire

Setiap pembelian Corolla Altis sepanjang bulan ini juga akan mendapat pakej nilai yang merangkumi DVD AVX dengan kamera undur, Toyota Premium Security &  Solar Film, perakam video digital dan ‘illuminated scuff plate’.

Selain itu, dari 1 Julai hingga 30 September 2017, Toyota juga akan mengadakan promosi beli dan menang di mana pemenang bertuah berpeluang ke Tokyo Motor Show.

 

Previous post

Honda CR-V Baharu Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Pusingan 5 Cub Prix Bersambung di MAEPS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *