Cerita Auto

Honda Malaysia Buat Kejutan Dengan Pelancaran City Sport Hybrid

Honda Malaysia membuat kejutan hari ini apabila melancarkan City Sport Hybrid i-DCD baharu yang kini dibuka untuk tempahan. Dengan pelancaran ini, Malaysia sekali lagi menjadi negara kedua selepas Jepun yang memperkenalkan teknologi hibrid tersebut dengan model City.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

City Hybrid juga menjadi model hibrid kedua yang diperkenalkan selepas Jazz Hybrid dan model kelima yang dilancarkan oleh Honda Malaysia pada tahun ini.

Seperti Jazz Hybrid, produk terbaru ini turut mendapat 137 PS dan 170 Nm daripada enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang digabungkan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan serta motor eletrik. Ia mencatat penggunaan bahan api sebanyak 3.9 liter bagi setiap 100 km dan menggunakan bateri lithium-ion yang lebih lasak dan mempunyai kapasiti lebih tinggi.

02 The New City Hybrid is powered by a 1.5L DOHC i-VTEC engine combined with 7-Speed Dual Clutch Transmission (DCT) with Integrated High Power Motor

Varian hibrid ini dipakejkan dengan paparan meter 3D yang berfungsi menyampaikan pelbagi maklumat termasuk aliran tenaga, meter sport, ekonomi bahan api, info pemanduan serta paparan ECO. Lain-lain kelengkapan standard termasuk paparan audio bersaiz 6.8 inci, pendingin hawa dengan panel sentuhan, lampu nyalaan siang, lampu belakang LED dan rim aloi dwi tona 16 inci.

Walaupun dengan bateri unit kuasa (IPU) ditempatkan di bawahnya, model ini masih mengekalkan ruang but sebesar 536 liter.

03 The New City Hybrid maintains the City's large boot space at 536L

Bagi keselamatan pula, City Hybrid dilengkapi dengan empat beg udara, ABS, Vehicle Stability Assist (VSA), kamera undur dan Emergency Stop Signal (ESS).

Berharga RM89,200 tanpa insurans, City Hybrid didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, sementara bateri lithium-ion tersebut dilindungi oleh jaminan selama lapan tahun. Kereta ini boleh didapati dalam warna Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl.

Previous post

BMW iPerformance Catat Rekod Prestasi Terbaik di Malaysia

Next post

Adakah Audi Pengeluar Kereta Pertama Melancarkan Kereta Panduan Sendiri?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *