Gaya Hidup

Pulang Berhari Raya Dengan Toyota Baru

Jadikan Hari Raya Aidilfitri anda kali ini lebih meriah dengan membawa pulang kereta Toyota baru. Promosi Toyota Aidilfitri Drive Sales yang dijalankan oleh UMW Toyota Motor memastikan anda dapat memiliki sebuah Toyota baru sambil berjimat bagi menyambut perayaan itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Semasa tempoh promosi dari 1 hingga 30 Jun 2017, syarikat itu menawarkan rebat tunai bernilai sehingga RM5,000 bagi model Corolla Altis, Camry, Sienta, Innova, Vios, Hilux (varian terpilih), Fortuner, dan Avanza.

Pakej-pakej aksesori percuma bernilai RM5,700 dan RM4,000 juga akan diberikan dengan setiap pembelian Corolla Altis dan Vios. Selain itu, pelanggan yang memilih Vios juga akan mendapat rebat duit raya bernilai RM500 serta Panoramic View Monitor sebagai ciri standard.

Semua model Toyota didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000 km). Jaminan tersebut boleh dipindahkan kepada pemilik kereta seterusnya jika ia masih di dalam tempoh sah.

????????????????????????????????????

Previous post

Hyundai Elantra Kini Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Lotus Elise Cup 250 Kini Lebih Ringan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *