Cerita Auto

Hyundai Elantra Kini Dibuka Untuk Tempahan

Inginkan kereta baru untuk Hari Raya ini? Ini berita baik untuk anda. Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan untuk Elantra serba baru sebelum pelancaran rasminya pada bulan Jun ini dan pelanggan yang membuat tempahan sekarang akan menerima kereta baru mereka sebelum Hari Raya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Elantra ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6 Turbo Sport (RM135,000), 2.0 MPI Dynamic (RM125,000) dan 2.0 MPI Executive (RM120,000).

Kedua-dua varian 2.0 dijana oleh enjin 2.0-liter empat silinder dengan jumlah kuasa sebanyak 152 PS pada 6,200 rpm dan 192 Nm tork pada 4,000 rpm. Sementara itu, varian 1.6 Turbo Sport menerima enjin Gamma 1.6 T-GDI ang menghamburkan 204 PS pada 6,000 rpm dan 265 Nm pada 1,500 hingga 4,500 rpm.

Elantra 1.6 Turbo Sport Interior

Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Elantra baru adalah reka bentuk segar mengikut konsep Fluidic Design 2.0, kerangka keluli berkekuatan tinggi, Emergency Fastening Device, Hands-free Smart Trunk serta pelbagai ciri menarik yang akan didedahkan pada pelancarannya nanti.

Elantra 2.0 MPI-Exterior

Elantra baru telah menerima beberapa anugerah termasuk 2016 International Design Award (IDEA) di Amerika Syarikat dan iF Design Award 2016. Dari aspek keselamatan pula, sedan itu mendapat pengiktirafan lima bintang dari Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) dengan markah keseluruhan 35.01 daripada 37 markah. Ia juga mendapat markah penuh dalam ujian impak sisi serta ujian impak tiang.

Elantra 2.0 MPI Interior

Untuk membuat tempahan, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Hyundai atau menghubungi Customer Careline di 1-300-13-2000.

 

Previous post

Lagi Maklumat Honda CR-V 2017 Baharu

Next post

Pulang Berhari Raya Dengan Toyota Baru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *