Cerita Auto

Hyundai Kona Sertai Segmen SUV Kompak

Hyundai Kona, pesaing terbaru segmen SUV kompak, telah didedahkan sepenuhnya. Seteru kepada Honda HR-V, Toyota C-HR dan Mazda CX-3 itu merupakan model yang penting dalam usaha Hyundai untuk memperkukuhkan kedudukannya di benua Eropah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berbanding dengan SUV keluaran Hyundai yang lain, Kona menampilkan reka bentuk moden dan progresif bagi memikat hati para pembeli. Selain daripada lampu LED berkembar dan jeriji ‘cascading grille’ yang diperlihatkan sebelum ini, model ini juga tampil gagah dengan lapisan plastik hitam menonjol pada bampar hadapan dan belakang.

all-new-kona-exterior-2017-005-hires

Bahagian belakang Kona pula menampilkan lampu LED langsing, ‘spoiler’ bumbung dengan lampu brek LED bersepadu serta rekaan tiang C unik yang kelihatan seperti sirip ikan yu. SUV kompak ini boleh didapati dalam pelbagai kombinasi warna dengan 10 pilihan warna luaran dan dua pilihan warna bagi bumbung dan cermin sisi.

Dari segi saiz, Kona mempunyai ukuran panjang 4,165 mm, lebar 1,800 mm dan tinggi 1,550 mm, dengan jarak roda sepanjang 2,600 mm.

all-new-kona-interior-2017-006-hires

Bahagian kabin Kona pula memfokuskan kepada ciri-ciri praktikal yang memudahkan pengguna. Bergantung kepada varian, ia boleh didapati dengan skrin TFT lima inci, paparan LCD tujuh inci serta paparan bersaiz lapan inci yang memuatkan fungsi-fungsi seperti navigasi dengan peta 3D, Apple CarPlay, Android Auto dan sebagainya.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan paparan ‘head-up display’ (HUD) lapan inci yang memaparkan maklumat seperti kelajuan, arahan navigasi, serta amaran daripada sistem bantuan seperti Autonomous Emergency Braking, Lane Keep Assist dan Blind Spot Detector. Pengecas induktif wayarles dan sistem audio Krell dengan lapan pembesar suara juga disertakan.

all-new-kona-interior-2017-009-hires

Kona akan dilancarkan dengan beberapa pilihan enjin pengecas turbo petrol dan diesel. Versi 1.6 T-GDI menghasilkan 177 PS dan 265 Nm dan memerlukan hanya 7.9 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j. Ia dipadankan dengan transmisi automatik dwi klac tujuh kelajuan dan pacuan empat roda (4WD).

Mereka yang inginkan penjimatan boleh mendapatkan varian 1.0 T-GDI tiga silinder yang mempunyai 120 PS dan 188 Nm tork, transmisi manual enam kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD).

all-new-kona-exterior-2017-008-2-hires

Kona juga akan dilancarkan dengan enjin diesel 1.6-liter empat silinder. Ia didatangkan dalam dua versi – 115 PS dengan transmisi manual dan pacuan roda hadapan, dan 136 PS/320 Nm dengan transmisi automatik dwi klac dan pilihan FWD atau 4WD.

Suspensi juga berbeza mengikut varian, di mana varian FWD dilengkapi dengan suspensi jenis MacPherson di hadapan dan ‘torsion beam’ di belakang, manakala varian 4WD mendapat suspensi ‘multi-link’ di belakang dan sistem Traction Cornering Control yang dikatakan dapat meningkatkan prestasi SUV itu ketika mengambil selekoh.

all-new-kona-exterior-2017-004-hires

Kona akan dijual di Korea Selatan bermula bulan ini, diikuti oleh pasaran Amerika Utara dan Eropah pada penghujung tahun ini.

Previous post

Pengeluaran Perodua Myvi Mencecah Satu Juta Unit

Next post

Adakah BMW Merancang GT Untuk 6-Series?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *