Cerita Auto

DBKL Catat 3 Juta Kilometer Dengan Biodiesel B10 Tanpa Sebarang Masalah

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar hijau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menguji campuran biodiesel B10 dalam barisan kenderaan mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut jurutera Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL, Muhammad Alif Muhammad Noor, DBKL telah menjalinkan kerjasama rapat dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak 2013 bagi merealisasikan projek tersebut, yang akhirnya dilancarkan pada 9 Januari 2014.

Ujian itu melibatkan sejumlah 50 kenderaan diesel pelbagai jenis termasuk trak pikap, lori, van serta jentera-jentera berat seperti jengkaut dan traktor.

DBKL B10 Biodiesel 04

Daripada 50 kenderaan tersebut, DBKL telah memilih sebuah Nissan Navara dan sebuah lori Nissan UD bagi menjalani ujian emisi karbon yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Trak pikap tersebut mencatat bacaan emisi sebanyak 2.7% manakala lori tersebut pula mencatat 2.8% – kedua-duanya jauh di bawah tahap emisi maksimum iaitu 50%.

Alif berkata maklum balas daripada pemandu yang terlibat dalam ujian ini menunjukkan bahawa walaupun tidak ada peningkatan yang ketara dari segi prestasi, penggunaan biodiesel B10 berjaya mengurangkan asap dan bunyi bising dari enjin. Pemandu jengkaut DBKL, Hamdan Main berkata penggunaan bahan api tersebut juga dikurangkan dari 11 liter ke 10 liter setiap jam.

DBKL B10 Biodiesel 01

Setelah lebih dari tiga tahun menjalani ujian, DBKL telah mencatat purata jarak perjalanan antara 60,000 km hingga 70,000 km bagi setiap kenderaan tanpa sebarang masalah.

DBKL mendapat bekalan biodiesel B10 daripada pembekal swasta dan menyimpannya di dalam dua tangki dengan kapasati 8,000 liter setiap satu. Pemeriksaan kualiti juga dilakukan secara berkala oleh MPOB untuk memastikan kualiti campuran dikekalkan.

DBKL B10 Biodiesel 09

“Kami mempunyai 2,040 buah kenderaan. Separuh daripadanya menggunakan diesel. Kami merancang untuk menggunakan biodiesel pada semuanya menjelang akhir tahun ini dengan sokongan MPOB,” ujar Alif.

Pegawai penyelidik utama MPOB, Wan Hasamuddin Wan Hassan, mengesahkan pengguna masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan diesel Euro 5, yang menggunakan campuran B7, di semua stesen minyak walaupun selepas biodiesel B10 dilancarkan.

 

Previous post

Pandu Uji: Honda HR-V 1.8 V

Next post

Harga Minyak Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *