Cerita Auto

XE SV Project 8 – Kereta Jaguar Paling Ekstrem

Tiga tahun lalu, unit Special Vehicle Operations (SVO) Jaguar Land Rover memperkenalkan F-Type Project 7 sebagai kereta ‘Collector’s Edition’ pertama jenama itu. Kali ini, SVO kembali dengan projek terbarunya yang dikenali sebagai XE SV Project 8 yang akan dilancarkan di acara Goodwood Festival of Speed di UK pada 30 Jun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibina berasaskan model XE, Project 8 dikatakan sebagai kenderaan paling ekstrem pernah dihasilkan jenama itu. Ia dikuasakan oleh enjin supercaj 5.0-liter V8 yang menghamburkan 592 hp, 23 hp lebih tinggi berbanding Project 7. Kini diuji di litar Nurburgring, Project 8 juga membawa aspek kejuruteraan dan aerodinamik ke tahap lebih tinggi.

xesvproject8nbr0183-resize-1024x682

Menurut Jaguar, hanya 300 unit XE SV Project 8 akan dihasilkan dengan tangan di kilang Coventry untuk pasaran global. Harga masih belum diumumkan, namun jika dilihat pada kuasanya yang tinggi dan bilangannya yang kecil, sudah tentu ia berlipat kali ganda berbanding versi asal.

xesvproject8nbr0881-resize-1024x682

xesvproject8nbr0311-resize-1024x682

xesvproject8nbr0366-resize-1024x682

xesvproject8nbr1164-resize-1024x682

Previous post

Kejayaan Volvo Di Bawah Geely ...... Proton Juga Akan Berjaya?

Next post

Akan Datang: BMW M8

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *