Cerita Auto

Akan Datang: BMW M8

Di samping pembangunan berterusan 8 Series baharu, BMW juga bertungkus lumus menyiapkan M8 sebagai versi paling berkuasa dalam siri terbarunya itu. Model itu membuat kemunculan pertamanya dalam bentuk prototaip di acara M Festival di Nurburgring baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun masih memakai pelekat penyemaran, M8 jelas menampilkan elemen-elemen ‘M’ yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat BMW di seluruh dunia seperti lubang kemasukan udara lebih besar, brek yang diubahsuai, serta sistem ekzos sport dengan empat ‘tailpipe’.

??????

BMW tidak mendedahkan spesifikasi kereta prototaip tersebut, namun kami menjangkakan ianya dijana oleh enjin 4.4-liter V8 twin-turbo baharu yang juga akan tampil dengan M5 terbaru tahun ini. Tidak mustahil jika enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda M xDrive.

??????

Selain M8, BMW juga mengesahkan yang ia sedang dalam proses menghasilkan jentera lumba M8 GTE yang bakal menerajui saingan jenama itu dalam perlumbaan Le Mans.

 

P90261501_highRes_m-festival-bmw-m8-pr

P90261536_highRes_m-festival-bmw-m8-pr

P90261533_highRes_m-festival-bmw-m8-pr

 

Previous post

XE SV Project 8 - Kereta Jaguar Paling Ekstrem

Next post

Tawaran Raya Volkswagen Semakin Baik.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *