Cerita Auto

Volkswagen Beetle Baharu, Vento Allstar dan Vento GT Dilancarkan Serentak

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Beetle baharu, Vento Allstar dan Vento GT ke pasaran Malaysia. Ketiga-tiga model tersebut kini dipamerkan di pusat membeli-belah MidValley Megamall bermula 24 hingga 28 Mei 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu penawaran baru itu disasarkan kepada mereka yang mahu tampil berbeza berbanding orang lain.

“Kami bukan sahaja mahu membuatkan kenderaan kami lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Malah, kami mahu memberikan mereka lebih banyak pilihan bersama nilai tambah. Pada masa sama memastikan kereta yang mereka pandu itu menarik perhatian ramai. Dengan Beetle baharu, siri Allstar dan Vento GT, para pelanggan kami kini mempunyai rangkaian pilihan produk yang lebih luas daripada Volkswagen sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi.”

Beetle Baharu

????????

Ditawarkan dalam varian Design dan Sport, Beetle baharu berharga dari RM136,888 dan didatangkan dalam pilihan warna putih (Pure White), merah (Tornado Red), biru (Blue Silk), tembaga (Dark Bronze), oren (Habanero Orange) dan perak (White Silver).

????????

Antara penambahbaikan pada Beetle baharu termasuklah sistem pendingin hawa dua zon Climatronic, komposisi media dengan paparan skrin sentuh bersama App-Connect, tempat duduk dibalut kulit Vienna dan sokongan lumbar pada tempat duduk hadapan, lampu utama jenis bi-xenon serta lampu nyalaan siang LED.

????????

Gabungan enjin TSI 1.2l dengan pengecas turbo berkuasa 105 PS dan transmisi automatik DSG 7 kelajuan bersama tork maksimum 175 Nm memastikan pemanduan yang mengujakan.

Vento Allstar

????????

Model ini merupakan edisi Allstar kedua yang diperkenalkan oleh VPCM selepas Polo Allstar baru-baru ini. Ditawarkan pada harga bermula RM 78,888 seunit, ia hadir dalam warna perak (Reflex Silver) dan putih (Candy White).

????????

Vento Allstar dilengkapi aksesori eksklusif bernilai RM7,000 seperti tempat duduk kulit, pedal sports aluminium, spoiler belakang, jalur hitam pada pintu dan kemasan belakang, plat sisi ‘Allstar’, emblem serta karpet. Enjin 1.6L MPI yang dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan bersama fungsi Tiptronic menghasilkan 105 PS, 153 Nm tork maksimum dan penggunaan bahan api sekitar 6.5l bagi setiap 100km.

????????

Sebagai bonus tambahan, Vento Allstar dipasang dengan aplikasi MYVW Drive yang memberi kemudahan melalui pelbagai fungsi termasuk pemantauan penggunaan bahan api dan jarak, selain menghilangkan rasa bimbang kerana pemandu tahu tentang keadaan dan prestasi kenderaan.

????????

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mendapatkan bantuan daripada pihak Mondial Roadside Assistance jika berlaku kecemasan.

Vento GT

????????

Vento GT ditawarkan pada harga RM89,888 dan hadir bersama aksesori eksklusif bernilai RM9,000. Antaranya termasuklah bumbung dan perumah cermin sisi berwarna hitam Satin, jalur hitam pada pintu, tempat duduk dibalut kulit, pedal sports aluminium, GT Aerokit, plat sisi, emblem serta karpet. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu perak (Reflex Silver) dan putih (Candy White).

????????

Vento GT dijana oleh enjin pengecas turbo 1.2l TSI berkuasa 105 PS dan 175 Nm yang dipadankan dengan kotak gear automatik DSG 7 kelajuan. Ia mempunyai catatan penggunaan bahan api sekitar 5.5l bagi setiap 100 km.

????????

Previous post

DRB-Hicom, Geely Capai Kata Sepakat

Next post

Adakah Anda Akan Membeli SUV Chevy Ini Bila Dijual Disini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *