Berita Auto

DRB-Hicom, Geely Capai Kata Sepakat

DRB-Hicom telah mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd bagi membolehkan syarikat tersebut membeli sebanyak 49.9% saham Proton. Kedua-dua syarikat telah menandatangani perjanjian tersebut di Putrajaya, disaksikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perjanjian ini akan membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform serta enjin di bawah Geely Holding, disamping menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China tersebut, termasuklah pasaran kereta-pemanduan kanan di Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata, jenama Proton akan kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

“Sememangnya hasrat kami adalah untuk menghidupkan semula jenama Proton di mata dunia. Ia merupakan kereta nasional yang pertama dan mempunyai sejarah selama 30 tahun. Perjanjian ini akan menjadi pemangkin yang menjulang semula satu jenama yang dapat dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia,” kata Syed Faisal.

Proton juga akan menjual 51% pegangan ekuitinya dalam Lotus kepada Geely dan baki 49% kepada EASB, sekaligus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sports.

Geely Holding, pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company, adalah antara pengeluar utama kenderaan penumpang China. Syarikat tersebut mempunyai operasi di seluruh dunia merangkumi 16 kilang pembuatan, tujuh studio rekabentuk serta lima pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D). Usahasama dengan Proton akan membolehkan Geely bertapak di pasaran ASEAN dan meningkatkan penglibatannya dalam industri pembuatan serta R&D serantau.

Kedua-dua pihak bakal menandatangani Perjanjian Muktamad dalam bulan Julai 2017.

Previous post

Mazda MX-5 RF Dijual RM248,182.65

Next post

Volkswagen Beetle Baharu, Vento Allstar dan Vento GT Dilancarkan Serentak

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *