Berita Auto

Mobil Jenama Minyak Pelincir Pilihan Peugeot di Malaysia

Pengedar ExxonMobil, Mobilub Trading Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian bersama pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn Bhd. Syarikat itu akan membekalkan minyak pelincir Mobil kepada semua 35 cawangan Peugeot di seluruh negara selama tiga tahun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kerjamasa itu menandakan komitmen kedua-dua syarikat bagi terus menawarkan produk berkualiti tinggi kepada pelanggannya di negara ini, serta mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama terkenal dalam industri automobil.

“Kami berjaya menjadikan Peugeot jenama Perancis paling laris di Malaysia dan ini dilakukan dengan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. Minyak pelinci Mobil adalah disyorkan kepada pemilik kenderaan Peugeot,” kata Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.

“Mobilub telah bekerjasama dengan Nasim sejak dua tahun yang lalu. Ini adalah satu peluang yang baik bagi kami untuk terus membina hubungan kerjasama dengan Nasim dan pelanggan mereka,” kata Abdul Rahman Rashid, Pengarah Eksekutif Mobilub Trading Sdn Bhd.

Rangkaian produk Mobil yang dibekalkan kepada Nasim telah menjalani ujian dan melepasi piawaian ketat yang ditetapkan oleh Kumpulan PSA.

Previous post

Kakitangan Euromobil Diiktiraf Global

Next post

Land Rover Menyambut Evoque Yang Ke 600,000 Dengan Edisi Khas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *