Berita Auto

Kakitangan Euromobil Diiktiraf Global

Euromobil Sdn Bhd (Euromobil), pengedar terbesar kenderaan penumpang Audi di Malaysia dan ahli kumpulan DRB-Hicom mengumumkan bahawa lebih 51% kakitangannya telah memperolehi pensijilan rasmi daripada Audi. Kakitangan yang terlibat termasuklah juruteknik, pekerja barisan hadapan dan pekerja selepas jualan, manakala 25% lagi kakitangannya bakal memperolehi pensijilan yang sama menjelang akhir tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Pensijilan ini termasuklah modul latihan seperti Juruteknik Asas Audi, Juruteknik Pakar Audi, Juruteknik Diagnosis Audi, Juruteknik Utama Audi, Penasihat Perkhidmatan Audi, Perkhidmatan Pelanggan Audi dan Program Sijil Perkhidmatan Pengurusan Audi. Modul-modul ini, yang meliputi semua aspek khidmat latihan termasuklah sistem am serta pengenalan model dan teknologi terkini, telah diluluskan oleh Audi AG di Jerman.

Program pensijilan ini selaras dengan aspirasi Euromobil untuk terus memastikan juruteknik syarikat mempunyai kepakaran dalam mengendalikan teknologi terkini dari Audi, sekaligus memastikan kenderaan pelanggan dikendalikan oleh kakitangan yang cukup terlatih.

“Seiring dengan program pensijilan Audi ini, pasukan selepas jualan kami juga akan dihantar untuk latihan dan pembangunan yang berterusan bagi memastikan kemahiran mereka setanding dengan peningkatan teknologi Audi, sekaligus dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Ini bagi memastikan pemilik kenderaan Audi sentiasa yakin kereta mereka dalam keadaan terbaik selepas diselenggara oleh juruteknik terlatih di Euromobil,” kata Jack Zaal, Ketua Pegawai Eksekutif Euromobil.

Audi Kuala Lumpur 02

Sebagai pengedar Audi terbesar di Malaysia, Euromobil telah melaksanakan pelbagai usaha yang berterusan dalam meningkatkan perkhidmatan selepas jualan. Audi AG telah mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai nombor satu di dunia dari segi kecekapan teknikal, kualiti pemrosesan serta proses pemantauan operasi yang menekankan polisi kesalahan sifar.

“Sejajar dengan visi Euromobil untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, saya bangga dengan usaha berterusan pasukan selepas jualan syarikat bagi meningkatkan kemahiran mereka bagi memastikan para pelanggan merasai pengalaman pemanduan yang menakjubkan”, tambah Jack Zaal lagi.

Waktu operasi bagi semua pusat servis Euromobil di Lembah Klang dan juga Audi Juru ialah dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu. Pusat perkhidmatan Audi, Johor Bahru pula beroperasi dari jam 8:30 pagi hingga jam 5.30 petang pada hari bekerja sahaja, manakala dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari pada hari Sabtu. Semua pusat servis Audi ditutup pada hari Ahad.

Previous post

Akid Sertai VR46 Master Camp

Next post

Mobil Jenama Minyak Pelincir Pilihan Peugeot di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *