Cerita Auto

Kia Optima GT Masuk Pasaran Malaysia

Naza Kia Malaysia hari ini telah memperkenalkan Kia Optima GT baharu untuk pasaran tempatan. Ia merupakan model Kia keempat yang dilancarkan di negara ini pada tahun ini, dan kesinambungan kepada Optima generasi ketiga yang popular di kalangan pembeli.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan fokus kepada imej agresif dan sporty, Optima GT menampilkan jeriji hadapan dalam kemasan satin krom, rekaan bampar hadapan dan belakang baharu serta diffuser belakang yang ditemani ekzos berkembar. Lampu hadapan pula adalah jenis LED yang dilengkapi dengan lampu nyalaan siang serta teknologi Dynamic Bending Light yang menerangi jalan mengikut sudut roda stereng.

????????

Dari segi saiz, Optima GT adalah 10 mm lebih panjang, 30 mm lebih lebar, dan 10 mm lebih tinggi berbanding model terdahulu. Jarak rodanya juga 10 mm lebih panjang, menjadikan ruang dalamannya lebih luas.

Kia-Optima-GT-6

Menggabungkan keselesaan dan prestasi, kabin sedan tersebut dilengkapi dengan upholsteri kulit lembut yang dipadankan dengan kemasan aluminium pada konsol tengah dan pedal, serta roda stereng berbentuk ‘D’. Tempat duduknya pula boleh dilaras dan dilengkapi dengan fungsi memori, pengudaraan dan pemanasan.

????????

Teknologi yang disertakan termasuklah skrin LCD bersaiz 7 inci dengan fungsi-fungsi seperti MP3, MP4, Bluetooth, MirrorLink, serta pengecas tanpa wayar yang menggunakan medan elektromagnetik untuk mengecas telefon pintar. Pengecas tersebut akan dimatikan secara automatik jika suhu menjadi terlalu tinggi.

Kia-Optima-GT-4

Optima GT dikuasakan oleh enjin turbo Theta II 2.0-liter yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Dengan 242 hp pada 6,000 rpm dan 350 Nm dari 1,400 rpm, sedan itu hanya memerlukan 7.4 saat untuk pecut dari 0 hingga 100 km/j. Ia juga mencatat penggunaan bahan api sebanyak 8.5 liter bagi setiap 100 km. Tiga mod pemanduan disediakan iaitu Sport, Normal dan Eco.

????????

Ciri-ciri keselamatan pula terdiri daripada enam beg udara, ABS, Electronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Control (VSM), Hill-start Assist Control (HAC) serta Emergency Stop Signal (ESS).

????????

Optima GT dijual pada harga bermula dari RM179,888 (harga atas jalan termasuk GST dan insurans). Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu biru (Gravity Blue), hitam (Aurora Black) and putih (Snow White Pearl).

????????

 

 

Previous post

Adakah Anda Akan Membeli SUV Chevy Ini Bila Dijual Disini?

Next post

Peugeot Penaja Kenderaan Rasmi Sukan SEA 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *