Cerita Auto

Peugeot Penaja Kenderaan Rasmi Sukan SEA 2017

Nasim Sdn Bhd, pengedar kenderaan Peugeot di Malaysia, telah menyerahkan 298 buah kenderaan yang terdiri daripada model 408, 508 dan Traveller yang akan digunakan sebagai pengangkutan rasmi Sukan SEA 2017 yang akan diadakan di Kuala Lumpur sepanjang Ogos dan September tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis yang diadakan di bilik pameran Peugeot di Glenmarie, Shah Alam hari ini menyaksikan penyerah kunci replika oleh Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, SM Nasarudin Tan Sri SM Nasimuddin, kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

“Ia merupakan satu penghormatan bagi Naza untuk menjadi sebahagian daripada acara ini, dan kami berharap agar 298 unit kenderaan tersebut akan memberikan pemanduan yang berkualiti dan berprestij, serta pengalaman menakjubkan kepada penumpang di KL2017,” ujar Nasarudin.

Peugeot Handover Ceremony 1

Selain daripada itu, Peugeot turut melancarkan model 208 yang akan digunakan bagi menyampaikan sokongan kepada para atlet negara yang akan bertanding di KL2017. Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George, kereta tersebut akan dipamerkan di seluruh negara, sebelum diperlihatkan kepada atlet sebagai tanda sokongan moral.

Peugeot turut menawarkan 100 keping tiket percuma kepada 50 pemenang bertuah bagi menyaksikan acara pembukaan KL2017 secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos ini. Untuk mendapatkan tiket-tiket tersebut, orang ramai hanya perlu mengambil gambar bersama kereta tersebut dan memuat naik di laman media sosial dengan kapsyen serta hashtag #PeugeotMalaysia, #DrivingChampions dan #NazaCorp.

Previous post

Kia Optima GT Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Shell Helix, Waze Lancar Amaran Kawasan Kerap Kemalangan Pertama di Asia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *