Berita Auto

Honda Malaysia Buka Tempahan Jazz Sport Hybrid

Honda Jazz baharu kini dibuka untuk tempahan di kesemua 90 pusat pengedar Honda di seluruh negara. Selain daripada varian petrol seperti sebelum ini, model subkompak itu turut ditawarkan dalam varian Sport Hybrid, menjadikan Malaysia satu-satunya negara selain Jepun yang menawarkan varian itu. Ia dijangka tiba pada suku kedua tahun ini, manakala penyerahan varian hibrid pula disasarkan bermula dari suku ketiga.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jazz hibrid menampilkan sistem hibrid intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) yang terdiri daripada enjin 1.5-litre i-VTEC dan motor elektrik yang ditempatkan di dalam unit transmisi dwi klac dengan tujuh kelajuan. Hasilnya, varian tersebut mendapat 137 PS serta mod elektrik yang membolehkan ia dipandu tanpa menggunakan enjin pembakaran.

Berbanding sistem Integrated Motor Assist (IMA) yang digunakan sebelum ini, sistem hibrid terbaru keluaran Honda menggunakan bateri lithium-ion yang bukan sahaja lebih ringan dan kompak, malah boleh menyimpan 1.5 kali lebih banyak tenaga. Ia terletak di bahagian bawah lantai bagi menjimatkan ruang.

Selain itu, Honda juga telah mempertingkatkan stereng kuasa elektrik model ini untuk mendapatkan pengendalian yang lebih mantap serta keselesaan ketika memandu di lebuh raya.

honda_jazz_sport_hybrid_teaser_02

Sementara itu, Jazz petrol mengekalkan gabungan enjin 1.5-liter i-VTEC dan CVT yang dibangunkan di bawah teknologi Earth Dreams Honda. Rekaannya yang lebih segar dipadankan dengan pelbagai kelengkapan standard seperti lampu nyalaan siang LED, rim dwi tona, sistem Smart Entry, butang penghidup enjin, tempat duduk separa kulit dan kamera undur.

Ciri-ciri keselamatan yang disediakan termasuklah enam beg udara, Isofix,  ABS, Brake Assist (BA), Vehicle Stability Assist (VSA), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill Start Assist (HSA).

 

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Lancar Enam Model AMG 43

Next post

Volkswagen Polo Allstar Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *