Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Lancar Enam Model AMG 43

Mercedes-Benz Malaysia hari ini menyambut ulang tahun ke-50 AMG dengan melancarkan enam model siri 43 baharu iaitu E 43, C 43, C 43 Coupe, SLC 43, GLC 43 dan GLC 43 Coupe.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menyertai barisan siri 45, 63 dan 65 Mercedes-AMG, keenam-enam model tersebut menampilkan gabungan enjin 3.0-liter V6 biturbo dan kotak gear automatik 9G-Tronic dengan ciri “multiple downshift” dan “double declutching” dalam mod Sport dan Sport+. Sistem pacuan empat roda 4Matic boleh didapati pada semua model 43, kecuali SLC yang mempunyai pacuan road belakang.

Mercedes-AMG C 43 4MATIC Coupe (5)

Kesemua model siri 43 yang ditawarkan di sini didatangkan dengan 367 hp pada 5,500 hingga 6,000 rpm dan 520 Nm tork dari 2,000 hingga 4,000 rpm, kecuali E 43 yang mempunyai 401 hp pada 6,100 rpm dan 520 Nm dari 2,500 hingga 5,000 rpm. Dari segi prestasi, E 43 merupakan model terpantas dengan masa pecutan 0 – 100 km/j 4.6 saat, diikuti dengan SLC 43, C 43 dan C 43 Coupe dengan catatan 4.7 saat, serta GLC 43 dan GLC 43 Coupe dengan 4.9 saat.

Mercedes-AMG E 43 4MATIC (24)

Antara kelangkapan standard yang ditawarkan adalah suspensi sport AMG Ride Control yang boleh ditetapkan dalam tiga tahap berbeza iaitu Comfort, Sport dan Sport+. GLC 43 Coupe dan E 43 pula dilengkapi dengan suspensi Air Body Control yang boleh dinaikkan dan diturunkan, manakala SLC 43 boleh dipesan dengan “differential lock” pada gandar belakang melalui pakej pengendalian AMG.

Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe (32)

Seperti produk AMG yang sedia ada, siri 43 tampil dengan kit badan AMG, jeriji hadapan dengan corak berlian, diffuser belakang, tip ekzos berkember dan rim AMG bersaiz 18 hingga 21 inci. Bahagian kabin pula dihiasi dengan upholsteri kulit Nappa serta kemasan gentian karbon.

Mercedes-AMG SLC 43 (27)

Harga bagi model-model AMG 43 adalah seperti berikut:

  • C 43 4Matic – RM499,888
  • C 43 4Matic Coupe – RM548,888
  • GLC 43 4Matic – RM538,888
  • GLC 43 4Matic Coupe – RM580,888
  • SLC 43 – RM570,888
  • E 43 4Matic – RM658,888

Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe (30)

Mercedes-Benz Malaysia menawarkan pakej pembiayaan Agility Financing, di mana pelanggan boleh menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah berbanding pinjaman biasa. Sebagai contoh, model C 43 boleh dimiliki dengan hanya RM4,998 sebulan selama lima tahun berbanding RM6,576 dengan pinjaman bank. Pelanggan mempunyai pilihan untuk menghabiskan bayaran, menyambung semula pembiayaan atau menaik taraf kepada kenderaan baharu di akhir perjanjian.

Mercedes-AMG C 43 4MATIC (7)

Mercedes-AMG C 43 4MATIC Coupe (1)

Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC (7)

Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe (6)

Mercedes-AMG SLC 43 (3)

Mercedes-AMG E 43 4MATIC (4)

 

 

 

Previous post

Novitec Sedia Mod Rolls Royce Anda

Next post

Honda Malaysia Buka Tempahan Jazz Sport Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *