Gaya Hidup

Acara Berbasikal “Jom Kayuh Mesra Alam” Anjuran Proton-Bank Muamalat Dapat Sambutan

Kira-kira 1,500 peminat berbasikal dan rakyat Malaysia yang cintakan alam sekitar serta mementingkan kesihatan telah mengambil bahagian dalam acara berbasikal “Jom Kayuh Mesra Alam” yang julung kali diadakan semalam. Acara tersebut merupakan anjuran bersama Proton dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) yang telah berlangsung di Proton City, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Penyertaan bagi acara ‘fun ride’ yang dibuka sejak 22 April 2017 ini telah menarik minat peserta dalam 3 kategori iaitu 15 km dan 30 km serta kategori 800m bagi kanak-kanak di mana mereka boleh menunggang basikal di sekitar trek stadium.

Photo 4

“Apabila Bank Muamalat mengajukan idea untuk menggunakan kawasan persekitaran kami di Tanjung Malim bagi acara berbasikal, kita terus bersetuju dengan idea tersebut kerana kami tahu terdapat ramai pengikut berbasikal di Malaysia tetapi tidak banyak penganjurannya dilakukan di luar KL atau Selangor. Bagi Proton, ini merupakan sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan peluang kepada komuniti di Tanjung Malim untuk turut serta dalam acara ini di samping memberi ruang kepada semua peminat berbasikal yang bukan berasal dari Tanjung Malim untuk menikmati pemandangan hijau yang sangat luas di sini,” kata Dato’ Ahmad Fuuad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Photo 5

Kategori pertama dilepaskan pada jam 8.00 pagi dan pelumba pertama telah tiba garisan penamat pada jam 9.30 pagi dan menerima pingat mereka. Karnival dijalankan sehingga tengah hari dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk dinikmati oleh seluruh ahli keluarga yang turut serta. Pelbagai hadiah juga telah diberikan kepada pemenang bertuah, yang terdiri daripada pakej percutian, aksesori berbasikal, hamper dan barangan elektrik.

Photo 1 (1)

YBhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB berkata, “Kami berharap agar acara ini akan menjadi acara tahunan, melihat kadar kejayaan tahun ini. Seiring dengan objektifnya iaitu untuk menggalakkan amalan gaya hidup yang sihat, kita percaya yang acara ini dapat menarik perhatain pelbagai kumpulan penunggang basikal yang serius, penunggang yang suka bersantai serta ahli keluarga dan kanak-kanak.”

Previous post

Harley-Davidson Akan Hasilkan Motosikal Elektrik

Next post

Honda dan Mercedes-Benz Menang Besar di Anugerah Kenderaan Tahunan 2017 DSF.my-Allianz Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *