Berita Auto

Polis Itali Terima Lamborghini Huracan

Nampaknya, penjenayah di Itali perlu berfikir dua kali sebelum cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa, terutamanya pasukan peronda lebuhraya yang baru sahaja menerima sebuah Lamborghini Huracan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Khas untuk kegunaan pasukan peronda lebuhraya Bologna, kereta yang dikenali sebagai Huracan Polizia itu akan digunakan dalam operasi polis biasa dan untuk pengangkutan darah dan organ-organ penting dalam situasi kecemasan. Ini merupakan Huracan Polizia kedua selepas unit pertama yang turut digunakan untuk tugas yang sama di Roma sejak 2015.

?????

Huracan Polizia dicat dalam warna rasmi polis Italia iaitu Medium Blue dan dipadankan dengan warna putih serta jalur warna bendera negara itu disisi kenderaan. Seperti Huraca biasa, ia mempunyai enjin 5.2 liter V10 yang menghamburkan 610 hp dan sistem pacuan semua roda.

468156

Antara kelengkapan khas yang disertakan termasuklah sistem on-board yang merangkumi tablet dan komputer, peralatan rakaman serta kamera video. Ia juga dilengkapi dengan pemegang pistol, alat pemadam api mudah alih, radio polis VHF dan tanda berhenti.

468158

Selain itu, Huracan Polizia juga boleh digunakan bagi tujuan bantuan perubatan. Ia mempunyai sistem penyejukan khas di dalam ruang bagasi hadapan yang boleh digunakan untuk menghantar organ dengan cepat dan selamat. Selain itu, ia juga didatangkan dengan defibrilator.

Previous post

Lotus Pet Lids: Perlindungan Untuk Si Bulu

Next post

Mengapalah Beberapa Kenderaan Yang Elok Dan Diminati Dibiarkan Berkarat Begitu Saja?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *