Gaya Hidup

Mengapalah Beberapa Kenderaan Yang Elok Dan Diminati Dibiarkan Berkarat Begitu Saja?

Terdapat banyak kereta yang terbengkalai di lorong-lorong belakang, jalan-jalan di kawasan perumahan, ditepi bengkel kereta dan juga di tempat letak kereta di lapangan terbang, taman-taman awam dan juga kondominium.

Sebab-sebab mengapa pemilik membiarkan kenderaan mereka berbeza-beza, tetapi ketidakupayaan untuk mendapatkan perkhidmatan trak tunda atau membayar bil-bil boleh menjadi sebab utama.

Kebanyakan majlis-majlis bandaran mempunyai prosedur untuk membantu alih dan buang kereta yang ditinggalkan di tempat letak kereta mereka dan cuba mencari / mengesan pemilik ‘bermasalah’ atau ‘hilang’.

Apabila sesebuah kereta yang dilapurkan ditinggalkan (biasanya oleh penduduk di kawasan di mana kereta itu terletak), pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang majlis bandar tempatan biasanya akan mengambil beberapa langkah untuk mengalihkan dan menyimpannya. Langkah pertama yang mereka lakukan adalah untuk melekat notis ‘Amaran’ pada tetingkap depan memberikan pemilik kereta 14 hari untuk menghubungi majlis bandaran untuk menjelaskan keadaan kereta.

Kemudian selepas 14 hari berlalu kereta itu akan ditunda atau diangkut oleh majlis bandaran ke stor simpanan dimana biasanya adalah tempat terakhir kereta itu sebelum ianya dijadikan besi buruk.

Yang sedihnya, sesetengah kereta yang ditinggalkan adalah kereta klasik yang agak bernilai dan beberapa yang lain sebenar dalam keadaan yang cukup baik sebelum pemilik membiarkannya berkarat dan reput.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Previous post

Polis Itali Terima Lamborghini Huracan

Next post

Nissan Lannia Mungkin Dinamakan ‘Bluebird’ Untuk Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *