Cerita Auto

Lotus Pet Lids: Perlindungan Untuk Si Bulu

Ringan, dengan rekaan optimum dan ergonomik khas untuk si manja, Lotus Pet Lids baharu adalah aksesori terbaru untuk kaki kereta sport yang juga memiliki binatang peliharaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibangunkan hasil dari kajian, topi keledar bergaya ini sesuai untuk kucing dengan gaya hidup aktif. Ia adalah seberat 25 gram dan setiap pemilik boleh memberi sentuhan peribadi seperti nama dan kumpulan darah.

lotus-pet-lid2_1600

Boleh didapati dalam warna-warna kontemporari dan klasik, Lotus Pet Lids juga meningkatkan aspek keselamatan haiwan kesayangan anda sama ada ketika dalam perjalanan ke klinik veterinar, pertunjukkan kucing atau bersiar-siar pada hujung minggu.

lotus-pet-lid3_1600

Mengulas mengenai ciptaan terbaru mereka, Ketua Keselamatan Felix Shepard berkata, “Kami diilhamkan oleh Clark, kucing di kilang Hethel yang kerap melompat masuk ke dalam kereta setiap kali kami melakukan ujian di litar.”

 

Previous post

Pemandu Trak Pickap Perlu Lebih Berhati-hati Bila Mengangkut Barang

Next post

Polis Itali Terima Lamborghini Huracan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *