Cerita Auto

Nissan 370Z Heritage Edition Sambut Ulangtahun Kereta Sport ‘Z’

Nissan akan memperkenalkan 370Z Heritage Edition di New York Auto Show pada minggu hadapan. Model itu dibangunkan bagi menyambut ulangtahun ke-50 kereta sport ikonik itu pada akhir dekad ini sejak ia dilancarkan di bawah jenama Datsun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Berdasarkan mdoel tahun 2018, 370 Z Heritage Edition ditawarkan dalam dua skema warna – Chicane Yellow dengan grafik hitam berkilat dan kemasan dalaman berwarna kuning, serta Magnetic Black dengan grafik perak berkilat dan trim dalaman berwarna kuning. Ia juga didatangkan dengan komponen-komponen baru seperti lampu dan belakang baru, pemegang pintu krom dan skema warna terkini pada bahagian belakang.

2018-nissan-370z-heritage-edition-photo-2-1

Aspek teknikal kekal standard dengan enjin 3.7-liter V6 yang menghasilkan 332 hp dan 336 Nm. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan transmisi automatik tujuh kelajuan dengan Downshift Rev Matching (DRM) atau kotak gear manual enam kelajuan yang kini dipadankan dengan klac Exedy berprestasi tinggi.

2018-nissan-370z-heritage-edition-photo-21-1

370Z Heritage Edition akan ditayangkan di New York bersama-sama dengan GT-R Track Edition yang diperkenalkan baru-baru ini.

 

2018-nissan-370z-heritage-edition-photo-4-1

Previous post

Chassis Audi A8 Yang Akan Datang

Next post

Mitsubishi Triton 2017 Lebih Lengkap dan Selamat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *