Cerita Auto

Mitsubishi Triton 2017 Lebih Lengkap dan Selamat

Mitsubishi Motors Malaysia memulakan tahun 2017 dengan pelancaran barisan model Triton facelift yang menampilkan penambahbaikan ciri-ciri premium dan keselamatan. Seperti sebelum ini, trak pikap itu ditawarkan dalam enam varian iaitu VGT Adventure X, VGT Adventure, VGT A/T dan M/T, Triton M/T serta Triton Quest M/T.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun terhad, perubahan kosmetik iaitu gril dalam kemasan krom hitam yang dipadankan dengan lampu hadapan HID sertta lampu nyalaan siang LED memberikan Triton imej yang lebih lasak dan berani. Sementara itu, rekaan pemijak sisi baru memudahkan penumpang keluar dan masuk kenderaan.

Mitsubishi Triton

Bahagian kabin Triton pula menampilkan roda stereng pelbagai fungsi baharu dengan butang kawalan audio dan Cruise Control, serta rekaan kluster instrumen yang lebih segar. Varian VGT Adventure dilengkapi dengan tempat duduk kulit dengan pelarasan lapan cara serta kamera undur untuk lebih kemudahan.

Mitsubishi Triton

Dari segi kelengkapan, keempat-empat varian VGT kini didatangkan standard dengan Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill-start Assist (HSA), Brake Assist dan Trailer Sway Control. Sementara itu, varian Adventure mendapat tujuh beg udara (depan, sisi dan tirai), membolehkannya menerima penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.

Mitsubishi Triton

Triton varian VGT dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4-liter MIVEC yang menghasilkan 183 PS dan 430 Nm. Menggunakan blok aluminium, enjin tersebut dikatakan 15 peratus lebih cekap bahan api berbanding enjin 2.5-liter sebelum ini. Pilihan transmisi termasuklah manual enam kelajuan dan automatik lima kelajuan.

Mitsubishi Triton

Berikut adalah senarai harga dan warna yang boleh didapati bagi setiap varian.

No Varian Harga atas jalan dengan GST tanpa insurans (RM) Warna
1 Triton VGT Adventure X AT (4×4) 130,900 Impulse Blue, Titanium Grey
2 Triton VGT Adventure AT (4×4) 123,130 Earth Green, Titanium Grey, Pearl White
3 Triton VGT AT (4×4) 114,400 Pearl White, Sterling Silver, Titanium Grey
4 Triton VGT MT (4×4) 107,600 Titanium Grey, Sterling Silver
5 Triton MT (4×4) 93,920 Pearl White, Sterling Silver
6 Triton Quest MT (4×2) 77,390 Pearl White

Setiap varian didatangkan dengan jaminan sehingga 200,000 km atau lima tahun.

Previous post

Nissan 370Z Heritage Edition Sambut Ulangtahun Kereta Sport 'Z'

Next post

Evora Sport 410 GP Edition Imbas Kembali Warna Pasukan F1 Lotus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *