Cerita Auto

Mercedes-Benz E-Class Kini Hadir Dalam Versi CKD

Setelah hampir setahun model Mercedes-Benz E-Class versi import dilancarkan, Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan E-Class versi CKD yang dipasang di kilangnya di Pekan, Pahang. Ia hadir dalam tiga varian iaitu E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde dan E 250 Exclusive.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari segi harga, E 200 Avantgarde kini dijual pada harga RM348,888, RM47,000 lebih murah berbanding versi import (CBU), manakala E 250 Avantgarde dengan harga RM378,888 dan E 250 Exclusive yang berharga RM383,888 mengalami pengurangan harga sebanyak RM42,000.

????????

Walaupun kini lebih murah, E-Class CKD menampilkan tahap spesifikasi dan kelengkapan yang sama dengan versi CBU. Ketiga-tiga varian kekal dengan gandingan enjin turbo 2.0-liter empat silinder dan transmisi 9G-Tronic sembilan kelajuan yang memacu roda belakang.

????????

Berbekalkan 184 hp dan 300 Nm, E 200 Avantgarde memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 7.7 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum 240 km/j. Kedua-dua varian E 250 pula mendapat 211 hp dan 350 Nm yang membolehkan ia memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 6.9 saat, dengan kelajuan maksimum sehingga 250 km/j.

????????

Aspek kelengkapan E-Class terdiri daripada lampu hadapan Multibeam LED, rim aloi 18 inci untuk E 200 dan 19 inci untuk E 250, serta suspensi Agility Control. Di dalam, sedan itu tampil dengan dua paparan 12.3-inci, lampu ambien dengan 64 pilihan warna serta sistem audio Burmester dengan 13 unit pembesar suara.

????????

Untuk keselamatan pula, E-Class dilengkapi dengan tujuh beg udara (termasuk ‘kneebag’ dan ‘windowbag’), sistem Pre-Safe, Pre-Safe Sound, Active Brake Assist, dan Parking Pilot. Selain itu, sebahagian besar daripada kerangkanya juga diperbuat daripada aluminium dan keluli berkekuatan tinggi untuk memberi lebih perlindungan kepada penumpang.

Previous post

Kegunaan Dan Pengalaman Sebenar Pikap 4 × 4 Yang Anda Lupa

Next post

Ford Malaysia Perluas Barisan Ranger Dengan Ranger FX4 Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *