Berita Auto

Ford Malaysia Perluas Barisan Ranger Dengan Ranger FX4 Baharu

Ford Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Ranger 2.2L FX4 baharu yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan luaran dan dalaman berwarna hitam untuk imej yang lebih lasak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Secara spesifik, Ranger FX4 menampilkan jeriji berwarna hitam dengan corak mesh serta bezel lampu kabus yang juga berwarna hitam. Grafik tambahan padan bahagian sisi kenderaan dan stiker ‘Ranger’ di bahagian belakang membezakan FX4 dengan varian Ranger lain. Rim 18 inci dalam warna Stark Grey dan bar sukan berwarna hitam melengkapkan imej baru trak pikap tersebut.

Ford Ranger FX4_5

Di dalam, Ranger FX4 didatangkan dengan tempat duduk dibalut kulit yang menyerlahkan bahagian dalaman yang gelap. Lain-lain kelengkapan standard yang disertakan termasuklah sistem infotainmen SYNC, Rear Park Assist dengan kamera undur, Electric Power Assisted Steering dan Electronic Stability Program.

Ford Ranger FX4_3

Ranger FX4 dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.2-liter yang menghasilkan 158 hp dan 385 Nm tork, yang disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan. Untuk pemanduan off-road, ‘transfer case’ elektronik, ‘differential’ belakang serta Hill Descent Control membantu pemandu mengatasi permukaan mencabar dengan yakin.

Ford Ranger FX4_2

Ford Ranger FX4 boleh didapati dalam warna Aluminium Metallic dan Meteor Grey. Ia dijual pada harga RM121,888 termasuk GST.

 

Previous post

Mercedes-Benz E-Class Kini Hadir Dalam Versi CKD

Next post

Pusat Badan dan Cat Toyota di Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *