Cerita Auto

Pusat Badan dan Cat Toyota di Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa pusat badan dan cat terbaru mereka di Kuching, Sarawak yang dikendalikan oleh Boulevard Jaya kini beroperasi sepenuhnya. Kemudahan baru ini, yang mula beroperasi pada akhir tahun lepas, terletak di Kawasan Perindustrian Pending dan melengkapkan pusat jualan dan servis di Jalan Datuk Tawi Sli di Kuching.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara pembukaan dirasmikan oleh Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMWT, Ravindran Kurusamy, Presiden UMWT, Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho, Pengerusi Kumpulan Boulevard Group dan Ling Chiong, Pengarah Urusan Boulevard Jaya.

Boulevard Jaya Body & Paint 02

Kemudahan baru Toyota ini dibina dengan kos kira-kira RM16 juta, termasuk kos membeli tanah seluas tiga ekar. Dibina di atas kawasan seluas satu ekar adalah 10 ruang penyelanggaraan lengkap dengan ‘paint oven’ yang bertujuan memastikan cat dibakar dengan betul untuk kualiti yang berpanjangan. Para pemilik Toyota dijamin perkhidmatan mengecat profesional yang mencapai piawaian tinggi yang ditetapkan oleh Toyota Motor Corporation.

Boulevard Jaya Body & Paint 03

Pusat badan dan cat ini juga menyediakan perkhidmatan membaiki badan kenderaan oleh kakitangan terlatih. Menggunakan peralatan penjajaran badan yang diluluskan oleh Toyota Motor Corporation, kakitangan pusat ini mampu memulihkan kenderaan yang rosak dalam kemalangan mengikut spesifikasi yang betul. Selain itu, bantuan tuntutan insurans turut disediakan.

Boulevard Jaya Body & Paint 04

“Sebagai pengedar sah Toyota di Malaysia, kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa apabila pelanggan-pelanggan kami memerlukan pembaikan untuk kenderaan mereka selepas kemalangan, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dari kakitangan terlatih. Ini memastikan bahawa kenderaan dipulihkan mengikut piawaian tinggi Toyota,” kata Akio Takeyama.

Boulevard Jaya Body & Paint 05

Pusat badan dan cat baharu ini terletak di Lot 1411 & 2115, Section 66, KTLD, Jalan Mersawa, Pending Industrial Area, 93450 Kuching.

Previous post

Ford Malaysia Perluas Barisan Ranger Dengan Ranger FX4 Baharu

Next post

Volvo Trucks Malaysia Lancar FH Series

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *